Pengerusi DAP Johor kata beliau berkempen untuk BN pada PRK Mahkota 2024 untuk membuktikan keikhlasan DAP.Pengerusi DAP Johor kata beliau berkempen untuk BN pada PRK Mahkota 2024 untuk membuktikan keikhlasan DAP.

Teo kenang saat ‘aneh dan pelik’ pegang bendera BN

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Teo Nie ChingTeo Nie Ching kata DAP bersungguh-sungguh berkempen untuk BN pada PRK Mahkota 2024, walaupun PH dan BN tidak membentuk kerajaan perpaduan di Johor. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Teo Nie Ching dari DAP mengenang saat ‘aneh dan pelik’ ketika berkempen untuk Barisan Nasional — dahulu parti seteru tetapi kini sekutu — pada PRK Mahkota dua tahun lalu, apabila menekankan komitmen partinya terhadap rakan kongsi.

Pengerusi DAP Johor itu berkata beliau mewakili partinya padad majlis pelancaran jentera BN.

“Apabila ada wakil dari BN minta saya duduk di atas pentas, saya naiklah. Apabila ada wakil dari BN bagi satu bendera dacing, saya juga peganglah,” katanya, merujuk kepada lambang BN.

“Kenapa? Kenapa kita buat demikian? Bukanlah saya tak rasa aneh sikit, tak rasa pelik sikit, tetapi ini semua untuk membuktikan bahawa DAP rakan kerja yang ikhlas,” katanya pada majlis pengumuman calon DAP bagi PRN Johor, di Kluang.

Teo berkata DAP berusaha bersungguh-sungguh apabila berkempen bagi BN di Mahkota walaupun Pakatan Harapan dan BN tidak membentuk kerajaan perpaduan di Johor.

Beliau berkata DAP tidak menggunakan ketiadaan wakil PH dalam kerajaan negeri sebagai alasan untuk memboikot PRK tersebut.

“Itulah semangat DAP. Kita tidak bermuka dua, dan kita tidak mendua hati, kita tidak berpura-pura,” kata Teo, dan menambah DAP berkempen untuk BN di Mahkota kerana mahu kerajaan perpaduan berjaya.

Kenyataan Teo ini muncul di sebalik pertikaian antara DAP dan BN, susulan kenyataan ketua BN Johor, Onn Hafiz Ghazi, bahawa beliau lebih rela tidak memegang jawatan menteri besar daripada duduk semeja dengan DAP.

BN dan DAP — komponen Pakatan Harapan — berganding dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dan bekerjasama dalam pilihan raya sejak November 2022.

PRN Johor akan diadakan pada 11 Julai, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 27 Jun. Kali ini, kedua-dua BN dan PH akan bertanding secara berasingan di semua 56 kerusi.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002884
$0.00002884$0.00002884
0.00%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel