Jamaliah Jamaluddin berkata bekalan sedia ada mampu menghadapi Monsun Barat Daya serta fenomena El Nino.Jamaliah Jamaluddin berkata bekalan sedia ada mampu menghadapi Monsun Barat Daya serta fenomena El Nino.

Sumber air Selangor mampu bertahan hingga 9 bulan, kata exco

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
empangan selangorSumber air Selangor termasuk tujuh empangan pada tahap baik. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor berkata sumber air negeri berada pada tahap baik dan mampu bertahan sehingga sembilan bulan bagi menghadapi Monsun Barat Daya serta fenomena El Nino.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaluddin berkata keadaan itu mengambil kira kapasiti tujuh empangan utama serta penggunaan sumber air alternatif yang disediakan kerajaan negeri.

Menurutnya, semua tujuh empangan di Selangor mencatat kapasiti melebihi 75% setakat hari ini, dengan jangka hayat keseluruhan empangan dianggarkan antara tiga hingga enam bulan.

“Secara keseluruhannya, kesediaan sumber air negeri dianggarkan mampu bertahan sehingga sembilan bulan bagi menghadapi Monsun Barat Daya dan fenomena El Nino,” katanya dalam kenyataan.

Jamaliah JamaluddinJamaliah Jamaluddin.

Jamaliah berkata paras air empangan dijangka kekal stabil dalam beberapa bulan akan datang melalui kawalan pelepasan air oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Katanya, pelepasan air empangan dibuat berdasarkan keperluan muka sauk loji rawatan air, selain digabungkan dengan pengepaman air daripada kolam sumber alternatif bagi memanjangkan jangka hayat takungan empangan.

Beliau berkata lebih 140 kolam sumber air alternatif dan beberapa bekas lombong dikenal pasti di bawah Selangor Off River Storage Scheme (SORSS) untuk dinaik taraf dengan infrastruktur bekalan air.

Menurutnya, sistem itu membolehkan air dari kolam dipam ke sungai menggunakan pam mudah alih ketika paras sungai rendah akibat cuaca panas dan kering.

Jamaliah berkata kerajaan negeri turut mengoptimumkan penggunaan air bumi sebagai sumber alternatif, terutama bagi sektor industri, bagi mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air terawat ketika musim kering.

Katanya, tiga telaga air bumi sudah dibina di Hulu Selangor untuk kegunaan khusus ketika musim kering.

Beliau berkata operasi pembenihan awan hanya akan dilaksanakan sekiranya kapasiti empangan menurun ke paras 50%, dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara dan MetMalaysia.

Dalam masa sama, Jamaliah berkata pemantauan pencemaran sumber air dipertingkatkan di kawasan berisiko, termasuk kawasan perindustrian, kerana musim kering boleh meningkatkan kepekatan bahan pencemar dalam sungai.

Katanya, pemantauan 24 jam dilakukan di Lembangan Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang bagi mengawal risiko pencemaran yang boleh menjejaskan operasi loji rawatan air.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002649
$0.00002649$0.00002649
-0.56%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs