Kumpulan hak asasi berkata akta sedia ada lebih fokus kepada isu penderaan pekerja, tetapi belum cukup untuk tangani kemasukan barangan dihasilkan buruh paksa.Kumpulan hak asasi berkata akta sedia ada lebih fokus kepada isu penderaan pekerja, tetapi belum cukup untuk tangani kemasukan barangan dihasilkan buruh paksa.

Perlu akta jelas sekat barangan buruh paksa, kata aktivis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
modern slaveryIndeks Perhambaan Global 2023 menganggarkan 6.3 orang daripada setiap 1,000 penduduk hidup dalam perhambaan moden pada 2021. (Gambar Envato Elements)

PETALING JAYA: Malaysia memerlukan undang-undang jelas untuk menyekat kemasukan barangan dihasilkan buruh paksa, kata aktivis susulan siasatan Amerika Syarikat (AS) mendapati Putrajaya gagal melaksanakan atau menguatkuasakan larangan sedemikian.

Pejabat Wakil Perdagangan AS mencadangkan duti tambahan 10% ke atas produk Malaysia, selepas mendapati negara ini tiada larangan berkesan terhadap import barangan yang dihasilkan sepenuhnya atau sebahagiannya melalui buruh paksa.

Malaysia berdepan penelitian selama bertahun-tahun berhubung risiko buruh paksa, khasnya membabitkan pekerja migran.

Indeks Perhambaan Global 2023 menganggarkan 6.3 orang daripada setiap 1,000 penduduk hidup dalam perhambaan moden pada 2021, manakala Jabatan Negara AS meletakkan Malaysia pada Tahap 2 Laporan Pemerdagangan Orang 2025.

Pengarah Eksekutif Tenaganita, Glorene Das, berkata Putrajaya telah mengambil langkah menangani buruh paksa dalam industri domestik, khasnya sektor sarung tangan, kelapa sawit, elektronik dan pembuatan.

Tetapi, katanya, langkah itu belum mencukupi kerana Malaysia juga negara perdagangan di mana barangan, bahan mentah dan komponen bergerak merentasi sempadan.

“Jika kita hanya melihat buruh paksa dalam kilang kita, tetapi mengabaikan apa yang memasuki pasaran kita melalui import, subkontrak dan rantaian bekalan serantau, maka kita hanya menangani sebahagian daripada masalah itu.”

Menurutnya, penggunaan buruh paksa lazimnya bermula jauh sebelum pekerja memasuki kilang — melalui pengambilan tidak beretika, bayaran berlebihan, ikatan hutang, penipuan, rampasan pasport, kecurian gaji dan keadaan hidup yang daif.

Beliau berkata, sebarang larangan import buruh paksa perlu merangkumi penguatkuasaan tegas, pemeriksaan rantaian bekalan dan saluran aduan selamat untuk pekerja.

Jelasnya, isu buruh paksa perlu ditangani bukan sahaja akibat tekanan perdagangan, tetapi kerana tiada pekerja perlu berdepan eksploitasi, penderaan atau pemerdagangan manusia.

Pengarah Eksekutif Inisiatif Utara-Selatan, Adrian Pereira, berkata kelemahan respons Malaysia terhadap isu buruh paksa bukan saja terletak pada undang-undang buruh, tetapi juga ketidakupayaan negara menangani barangan dikaitkan dengan buruh paksa selepas ia memasuki sistem perdagangan.

Beliau berkata, isu itu sebahagiannya berpunca daripada kebimbangan AS terdahulu berhubung penggunaan buruh paksa dalam penghasilan produk dan komponen, khasnya etnik Uyghur di China.

Katanya, undang-undang persaingan Malaysia belum diuji dalam kes membabitkan buruh paksa atau kelebihan tidak adil berkaitan buruh, serta tidak menangani kawalan import-eksport secara langsung.

Beliau berkata, mekanisme jelas diperlukan untuk menangani barangan meragukan yang masuk atau keluar dari negara.

Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata walaupun AS bukan contoh terbaik dalam hak pekerja, Malaysia membuka ruang kepada dakwaan buruh paksa melalui penguatkuasaan lemah, pengambilan tidak beretika, risiko ikatan hutang dan pengecualian daripada hukuman.

“Persoalannya bukan sama ada AS hipokrit. Sudah tentu begitu. (Persoalannya ialah) mengapa Malaysia membiarkan pekerjanya begitu terdedah sehingga pihak hipokrit boleh memperalatkan penderitaan mereka?” soalnya di X.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002549
$0.00002549$0.00002549
-0.62%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage