Syahruddin Awang Ahmad dari UMS berkata PH Sabah sedar kekuatan sentimen tempatan di negeri itu.Syahruddin Awang Ahmad dari UMS berkata PH Sabah sedar kekuatan sentimen tempatan di negeri itu.

Kestabilan dibawa Hajiji dorong PH Sabah pertimbang logo GRS, kata penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
hajiji noor penyokongPenganalisis berkata logo GRS sangat kuat dalam konteks politik Sabah dengan lawan terkuatnya hanya Warisan pada PRU akan datang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kestabilan politik dibawa Ketua Menteri Hajiji Noor mungkin antara faktor Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRU akan datang, kata penganalisis.

Syahruddin Awang Ahmad berkata, PH negeri itu menyedari naratif ‘Sabah untuk orang Sabah’ semakin dominan, diterjemahkan rakyat pada PRN lalu yang menyaksikan GRS menang kerusi terbanyak sebelum membentuk pentadbiran bersama beberapa parti lain.

Syahruddin Awang AhmadSyahruddin Awang Ahmad.

“Selain itu, disebabkan kepimpinan Hajiji sebenarnya telah berjaya menonjolkan kestabilan politik bawah payung GRS.

“Dengan menyesuaikan diri bawah simbol tempatan, parti nasional seperti PH dapat menepis persepsi dalam kalangan anak watan Sabah terutama tentang sentimen campur tangan luar oleh parti nasional,” kata penganalisis dari Universiti Malaysia Sabah kepada FMT.

Utusan Borneo pada Rabu melaporkan, Pengerusi PH Sabah Mustapha Sakmud tidak menolak kemungkinan menggunakan logo GRS pada PRU akan datang, namun menekankan perkara itu belum dibincangkan secara rasmi di peringkat parti.

Menurutnya, sebarang keputusan berkaitan penggunaan logo pilihan raya perlu mengambil kira pertimbangan di peringkat nasional.

Mengulas lanjut, Syahruddin berkata kemungkinan untuk PH Sabah bertanding menggunakan logo GRS dalam pilihan raya boleh berlaku berdasarkan strategi politik dinamik.

“Keadaan semasa yang menyaksikan PH dan GRS bersama menerajui kerajaan negeri menjadikan formula perkongsian logo ini logik bagi membuktikan perpaduan sangat kukuh,” katanya.

Beliau berkata, namun  ada cabaran untuk merealisasikan antaranya kompromi besar daripada akar umbi PKR atau PH.

Bagaimanapun, Arvin Tajari dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula berpandangan PH perlu bertanding bawah logo sendiri untuk mengukur penerimaan di Sabah, dengan mengekalkan kerjasama sedia ada.

Arvin TajariArvin Tajari.

“Guna logo GRS mungkin dilihat selamat untuk PH mengekalkan kerusi sedia ada,” katanya merujuk Parlimen Sepanggar, Kota Kinabalu dan Sandakan. Pada PRU15, PH turut menang Penampang serta Tuaran namun Upko  keluar pakatan itu menjelang PRN Sabah.

“Logo GRS sangat kuat dalam konteks politik Sabah, lawan terkuatnya hanya Warisan pada PRU akan datang.”

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0,00002661
$0,00002661$0,00002661
+%2,30
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage