Pengerusi memuji dedikasi pasukan guaman itu, namun memutuskan penuntut tidak dibuang kerja secara konstruktif oleh Pos Malaysia.Pengerusi memuji dedikasi pasukan guaman itu, namun memutuskan penuntut tidak dibuang kerja secara konstruktif oleh Pos Malaysia.

Mahkamah Perusahaan puji peguam pro bono meski Pos Malaysia menang tuntutan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Mahkamah perusahaan Industrial CourtMahkamah Perusahaan berkata khidmat guaman pro bono oleh peguam terbabit menyerlahkan kepentingan akses kepada keadilan dalam pertikaian pekerjaan. (Gambar fail)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Perusahaan memuji dua peguam mewakili seorang penuntut secara pro bono dalam pertikaian pekerjaan terhadap Pos Malaysia Bhd, walaupun akhirnya menolak tuntutan pembuangan kerja konstruktif yang dikemukakan wanita itu.

Pengerusi Augustine Anthony merakamkan penghargaan terhadap usaha peguam Edward Andrew Saw dan Jerry Low, yang kembali mewakili Nurafiera Rafee selepas pada awalnya menarik diri daripada kes itu kerana berdepan kesukaran mendapatkan arahan daripada anak guam mereka.

“Peguam pro bono seperti kedua-dua peguam ini, dengan kemurahan hati dan dedikasi tanpa mengharapkan balasan terhadap profesion undang-undang demi menegakkan keadilan, tidak terlepas daripada perhatian mahkamah ini, yang menghargai sumbangan mereka,” katanya dalam award setebal 35 halaman baru-baru ini.

Anthony berkata tindakan mereka mengukuhkan komitmen profesion undang-undang terhadap akses kepada keadilan, khususnya bagi pihak yang kurang bernasib baik.

Beliau berkata kes itu melibatkan hubungan peguam-anak guam yang luar biasa, apabila peguam berkenaan menarik diri di pertengahan prosiding selepas tarikh perbicaraan ditetapkan.

Mereka kemudian kembali mewakili Nurafiera secara pro bono selepas mengetahui kesukaran peribadi dan keadaan kesihatannya.

“Saw dan Low tidak berjaya memenangkan kes penuntut, walaupun berhujah dengan jelas dan penuh kesungguhan, namun mereka sudah tentu memperoleh penghargaan mahkamah ini,” kata Anthony.

Nurafiera, seorang kerani Pos Malaysia sejak 2013, mendakwa beliau dibuang kerja secara konstruktif selepas dipindahkan dari pejabat pos Taman Dagang ke pejabat pos besar di Dayabumi ketika sedang bercuti sakit susulan kecederaan di tempat kerja.

Beliau berhujah pertukaran itu, bersama dakwaan kegagalan syarikat menangani bantahannya dengan sewajarnya, telah melanggar kontrak pekerjaan yang membolehkannya menganggap dirinya telah dibuang kerja secara konstruktif.

Bagaimanapun, Anthony mendapati pertukaran itu adalah sebahagian daripada langkah operasi lebih menyeluruh yang turut melibatkan tujuh pekerja lain, dan sudah dirancang sejak Disember 2022, iaitu sebelum Nurafiera mengalami kecederaan.

“Pertukaran itu termasuk dalam prerogatif pengurusan majikan di bawah kontrak pekerjaan dan perjanjian kolektif,” katanya.

Beliau turut mengambil maklum Pos Malaysia menangguhkan pertukaran itu selepas dimaklumkan mengenai keadaan kesihatan Nurafiera, selain memberi jaminan bahawa rayuannya akan dipertimbangkan.

Anthony memutuskan Nurafiera bertindak terlalu awal apabila mendakwa dibuang kerja secara konstruktif pada 30 Mac 2023, iaitu enam hari selepas menerima surat jaminan daripada syarikat.

“Majikan tidak melanggar sebarang terma asas dalam kontrak pekerjaan, dan juga tidak menunjukkan niat untuk tidak lagi terikat dengan kontrak itu,” katanya.

Beliau merumuskan bahawa Nurafiera gagal membuktikan bahawa beliau telah dibuang kerja, sebaliknya mendapati beliau sendiri telah meninggalkan pekerjaannya.

Peguam Sharulnizam Rani mewakili Pos Malaysia.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel