JAS berkata ujian itu dilakukan di tiga lokasi di kawasan paya bakau sebelum memasuki Sungai Cherating dan mendapati bacaan pH adalah normal, iaitu pH 6.JAS berkata ujian itu dilakukan di tiga lokasi di kawasan paya bakau sebelum memasuki Sungai Cherating dan mendapati bacaan pH adalah normal, iaitu pH 6.

Tiada pencemaran selepas ujian air di lokasi dekat tumpahan asid hidroklorik

2026/06/14 10:49
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
Sebuah lori tangki membawa muatan asid hidroklorik terbalik di Cherating pagi semalam mengakibatkan cecair asid itu tumpah dan mengalir ke paya bakau. (Gambar JBPM Pahang)

KUANTAN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan ujian air di lokasi berhampiran tumpahan asid hidroklorik akibat kemalangan sebuah lori tangki dekat Jambatan Cherating, di sini, semalam.

JAS memaklumkan ujian itu dilakukan di tiga lokasi di kawasan paya bakau sebelum memasuki Sungai Cherating yang terletak kira-kira 100m dari lokasi kejadian dan mendapati bacaan pH adalah normal, iaitu pH 6.

“Pemantauan bacaan pH dengan menggunakan peralatan YSI di Sungai Cherating pula mendapati bacaan pH air sungai adalah pH 9.4, menunjukkan tiada pencemaran asid,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Pahang juga berjaya menutup “venting line” di bahagian belakang tangki bagi mengelakkan tumpahan lebih banyak.

“Anggaran tumpahan kira-kira 1,000 liter dan telah dineutralkan menggunakan soda ash. Tiada tumpahan lain dikesan.”

Katanya, sebarang pelepasan bahan pencemar yang menyebabkan pencemaran alam sekitar dan didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan disiasat dengan teliti.

Sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap peruntukan akta itu, tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap pihak bertanggungjawab.

Tegasnya, JAS akan terus menjalankan pemantauan berkala di lokasi kejadian dan kawasan sekitarnya bagi memastikan tiada kesan pencemaran berlaku serta memastikan semua langkah kawalan dan pembersihan dilaksanakan sepenuhnya mengikut keperluan ditetapkan.

Sebelum ini, seorang lelaki dilaporkan cedera selepas lori muatan asid hidroklorik dipandunya terbalik di Cherating pagi semalam yang mengakibatkan cecair berkenaan tumpah dan mengalir ke paya bakau.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage