Ketua Pemuda Umno Johor kata BN memasuki PRN untuk mempertahankan kerajaannya, bukan untuk meruntuhkan mana-mana kerajaan.Ketua Pemuda Umno Johor kata BN memasuki PRN untuk mempertahankan kerajaannya, bukan untuk meruntuhkan mana-mana kerajaan.

Jangan main sentimen pertembungan antara kerajaan, Umno tegur Loke

2026/06/14 15:40
1분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
Noor Azleen AmbrosKetua Pemuda Umno Johor, Noor Azleen Ambros, kata pilihan raya pertandingan antara parti politik. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Johor menegur Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook, supaya tidak memainkan sentimen bahawa PRN adalah pertembungan antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Noor Azleen Ambros menegaskan pilihan raya adalah proses demokrasi dan Barisan Nasional memasuki PRN untuk mempertahankan kerajaannya, dan bukan untuk meruntuhkan mana-mana kerajaan.

“Ini adalah pertandingan antara parti-parti politik dalam sebuah sistem demokrasi, bukannya konflik antara dua peringkat kerajaan,” menurut kenyataan.

“Sekiranya ada pihak di Putrajaya yang memilih untuk mentafsir pertandingan demokrasi ini sebagai alasan untuk meminggirkan Johor atau menafikan hak yang sewajarnya diterima oleh rakyat Johor pada masa hadapan, maka itu adalah cerminan nilai dan prinsip mereka — bukan nilai dan prinsip BN di Johor.”

Noor Azleen menegaskan rakyat berhak membuat pilihan politik tanpa ugutan, tekanan mahupun gambaran seolah-olah pembangunan dan kebajikan mereka bergantung kepada parti mana yang memenangi pilihan raya.

Loke dan Ketua Umno Johor, Onn Hafiz Ghazi, bertikam lidah selepas Onn Hafiz menyatakan lebih rela tidak memegang jawatan menteri besar daripada ‘perlu duduk semeja’ dengan DAP.

Menuju PRN, BN membuat keputusan untuk bertanding secara sendirian.

Johor akan ke peti undi pada 11 Julai.

시장 기회
디센트럴랜드 로고
디센트럴랜드 가격(MANA)
$0.06655
$0.06655$0.06655
-1.56%
USD
디센트럴랜드 (MANA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel