Azmi Jantan didakwa sengaja sebabkan cedera parah guna pisau pemotong daging dalam kejadian di Lebuhraya Persekutuan 11 Jun lalu.Azmi Jantan didakwa sengaja sebabkan cedera parah guna pisau pemotong daging dalam kejadian di Lebuhraya Persekutuan 11 Jun lalu.

Jurujual mengaku bersalah tetak penunggang motosikal di lebuh raya

2026/06/18 12:06
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
Azmi JantanAzmi Jantan (tengah) dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang jurujual mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan menetak penunggang motosikal menggunakan pisau pemotong daging di Lebuhraya Persekutuan, Selasa lalu.

Azmi Jantan, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Fatimah Zahari, lapor Bernama.

Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Mohd Fairus Jaafar, 45, menggunakan sebilah pisau pemotong daging, iaitu senjata boleh menyebabkan kematian, di KM14.6 laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan, Seksyen 13, pada 8.19 pagi, 11 Jun.

Tuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ho Zee Xing menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin, serta syarat tambahan, iaitu tertuduh perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan dikurangkan kepada RM5,000 kerana perlu menanggung isteri dengan hanya bekerja sebagai jurujual.

Mahkamah kemudian membenarkan lelaki itu diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin warganegara serta syarat tambahan melaporkan diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan 8 Julai untuk mengemukakan fakta kes dan menjatuhkan hukuman.

Sebelum ini, tular video memaparkan seorang lelaki cedera di beberapa bahagian badan, termasuk kepala dan lengan, selepas ditetak dengan pisau pemotong daging oleh seorang lelaki lain di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur berhampiran Seksyen 13.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi, mangsa yang dalam perjalanan ke tempat kerja di ibu negara dipercayai membunyikan hon terhadap suspek kerana menghalang laluan, lalu mencetuskan pertengkaran dan membawa kepada insiden itu.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel