Pertubuhan hak asasi berkata perbincangan mengenai pelarian perlu berasaskan fakta dan kemanusiaan bukan kebencian serta stereotaip.Pertubuhan hak asasi berkata perbincangan mengenai pelarian perlu berasaskan fakta dan kemanusiaan bukan kebencian serta stereotaip.

Tolak maklumat palsu, Hakam gesa henti stigma terhadap pelarian

2026/06/20 17:04
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia berkata pelarian perlu dilihat sebagai individu yang mencari perlindungan dan maruah hidup bukannya ancaman. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) menggesa rakyat Malaysia menolak maklumat palsu dan tidak melabel komuniti pelarian khususnya Rohingya, yang semakin menjadi sasaran retorik negatif di ruang awam.

Sempena Hari Pelarian Sedunia 2026, Presiden Hakam, M Ramachelvam, berkata pelarian sering digambarkan sebagai ancaman serta dipersalahkan atas pelbagai cabaran sosial dan ekonomi, sekali gus menyemarakkan prasangka dan diskriminasi terhadap golongan itu.

“Tindakan individu tidak seharusnya digunakan untuk menghukum atau menyalahkan keseluruhan komuniti, khususnya mereka yang telah lama berdepan penganiayaan, kehilangan kerakyatan dan perpindahan paksa,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, perbincangan mengenai pengurusan migrasi, sumber awam dan dasar kerajaan adalah penting, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menyebarkan kebencian atau menafikan kemanusiaan sesuatu komuniti.

Katanya, media, tokoh awam dan pengguna media sosial perlu memainkan peranan menyampaikan maklumat secara bertanggungjawab serta mengelakkan naratif yang boleh mencetuskan stigma terhadap pelarian dan migran.

“Hakam menggesa orang ramai menolak maklumat palsu, mencabar sentimen xenofobia dan membincangkan isu pelarian dengan empati serta rasa hormat.

“Pelarian perlu dilihat sebagai individu yang mencari perlindungan dan maruah hidup, bukannya ancaman kerana mempertahankan hak mereka juga tidak mengurangkan hak orang lain,” katanya.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order