Awang Azman Pawi berkata kelebihan akan berpihak kepada parti menonjolkan imej kepimpinan tenang, tegas, dan berprestasi berbanding sekadar 'sembang deras'.Awang Azman Pawi berkata kelebihan akan berpihak kepada parti menonjolkan imej kepimpinan tenang, tegas, dan berprestasi berbanding sekadar 'sembang deras'.

Naratif 3R cetus ‘keletihan emosi’, pengundi Melayu kini mahu prestasi, kata penganalisis

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
pengundi mengundiSemalam bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan berkata pengundi Melayu beralih arah kepada ahli politik yang tenang dan sederhana. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Strategi kempen terlalu bergantung kepada retorik agresif dan sentimen agama, kaum dan raja (3R) berisiko mencetuskan ‘keletihan emosi’ dalam kalangan pengundi Melayu yang kini lebih menilai aspek prestasi serta penyelesaian kos sara hidup, kata penganalisis.

Awang Azman Pawi.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, walaupun pendekatan emosional membabitkan 3R pernah berkesan membangkitkan rasa terancam pada PRU15 tetapi strategi itu kini mempunyai hadnya.

Katanya, pengundi luar bandar mahupun golongan muda berusia 18 hingga 25 tahun kini mula melihat naratif ekstrem secara negatif, terutama apabila isu harian mereka tidak diselesaikan.

“Sekiranya setiap pilihan raya digambarkan sebagai ancaman, tetapi kehidupan rakyat tidak berubah, mesej itu akhirnya kehilangan kredibiliti.

“Pengundi mula bertanya: selepas semua ucapan keras itu, apakah penyelesaiannya terhadap gaji, rumah, pekerjaan, banjir, air, dan pengangkutan?” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, majoriti senyap yang mempunyai komitmen kewangan dan keluarga lebih menilai aspek praktikal seperti kestabilan kerajaan dan keupayaan wakil rakyat memberikan perkhidmatan.

“Pihak lawan mungkin memenangi ruang komen dengan ‘sembang deras’, tetapi parti seperti Barisan Nasional boleh memenangi peti undi jika menonjolkan imej kepimpinan yang tenang, tegas, dan berprestasi,” katanya.

azmi hassanAzmi Hassan.

Sementara itu, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berpandangan budaya ‘sembang kencang’ atau ‘sembang deras’ dalam kalangan ahli politik tidak seharusnya dihukum sebagai retorik kosong semata-mata kerana ada antara mereka yang berhujah berlandaskan fakta yang betul.

“Kadangkala sembang deras diperlukan untuk menarik perhatian, terutama sekali dalam pendengar yang ramai umpamanya secara ‘live’ di pentas ceramah.

“Kalau ton suara sama sahaja, walau bercakap tentang benda yang betul dan berfakta, ianya akan kalah dengan ahli politik yang bunyinya macam retorik,” katanya.

Azmi berkata, sebaik sahaja perhatian audiens berjaya ditangkap melalui gaya penyampaian yang dinamik itu, barulah ahli politik boleh berhujah dengan lebih mudah untuk meyakinkan rakyat mengenai sesuatu dasar atau idea yang dibawa.

Semalam, bekas ketua penerangan Umno Shahril Hamdan dilaporkan berkata pengundi Melayu kini beralih arah kepada ahli politik yang tenang, sederhana, serta mempunyai kriteria seperti kredibiliti, kebolehpercayaan, dan sifat rendah diri.

Katanya, masyarakat mula bosan dengan retorik politik agresif atau ‘sembang deras’, sekali gus memberi kelebihan kepada Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar, jika dinamakan sebagai calon perdana menteri pembangkang menjelang PRU16.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002454
$0.00002454$0.00002454
-3.72%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs