Peguam berkata tertuduh tidak sepatutnya terus ditahan tanpa tempoh yang pasti sementara menunggu laporan kimia.Peguam berkata tertuduh tidak sepatutnya terus ditahan tanpa tempoh yang pasti sementara menunggu laporan kimia.

Keputusan mahkamah perhidup gesaan ikat jamin kes dadah

2026/06/21 08:30
3분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
jailIndividu dituduh edar dadah dan didakwa memiliki bagi kesalahan tertentu saban kali menghabiskan masa lama dalam tahanan reman ambil kira Seksyen 41B Akta Dadah Berbahaya 1952 secara jelas larang ikat jamin. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini berkait kes dadah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi menghidupkan semula seruan agar undang-undang dipinda bagi penggunaan budi bicara memberi ikat jamin kepada tertuduh yang sedang menunggu perbicaraan.

Peguam Salim Bashir berkata, individu dituduh mengedar dadah dan didakwa memiliki bagi kesalahan tertentu saban kali menghabiskan masa lama dalam tahanan reman, mengambil kira Seksyen 41B Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) secara jelas melarang ikat jamin.

“Kerajaan sewajarnya mempertimbangkan untuk meminda ADB bagi membolehkan mahkamah diberikan budi bicara untuk memberikan ikat jamin bersyarat, sementara menunggu perbicaraan dalam kes pengedaran dan pemilikan dadah,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu amat membimbangkan memandangkan berlakunya kelewatan mendapatkan laporan pakar kimia yang amat diperlukan sebelum kes pengedaran dadah boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi bagi perbicaraan.

Salim mengulas susulan keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan seorang majistret tidak boleh memindahkan kes pengedaran dadah ke Mahkamah Tinggi, sehinggalah laporan pakar kimia mengesahkan jenis dan berat dadah dirampas.

Keputusan itu dibuat dalam kes warga Britain, Deishanei Ciara Hall, di mana permohonan kebenaran untuk merayu ditolak selepas Mahkamah Tinggi enggan campur tangan terhadap keengganan majistret memindahkan kesnya.

Hall, didakwa mengedar 19kg ganja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, berhujah kesnya sepatutnya dipindahkan serta-merta di bawah ADB.

Hakim Wong Kian Kheong, yang menulis penghakiman bagi panel tiga hakim, berkata bukti diperlukan untuk menentukan bidang kuasa. Katanya, tanpa laporan pakar kimia, penjadualan perbicaraan, dan pengagihan mahkamah boleh terjejas.

Salim berkata, kelewatan Jabatan Kimia mengeluarkan laporan boleh memanjangkan tempoh tahanan tertuduh dan melambatkan perbicaraan dimulakan.

Beliau menyeru jabatan itu menyegerakan penyediaan laporan, terutamanya dalam kes yang sudah pun dibawa ke mahkamah.

Dalam pada itu, peguam Kitson Foong, berkata Mahkamah Rayuan telah mentafsirkan undang-undang dengan betul, memandangkan sesuatu kes hanya boleh dipindahkan selepas pakar kimia mengesahkan berat dan jenis dadah.

Beliau mengambil maklum kesalahan mengedar dadah tidak boleh dijamin dengan individu yang dituduh akan terus ditahan sehingga laporan berkenaan siap, selain pendakwa raya memberikan keizinan memindahkan kes dikenakan.

Foong berkata, amalan sebelum ini yang memindahkan kes sebelum laporan siap lazimnya bertujuan mendapatkan tarikh perbicaraan lebih awal.

Beliau mengaitkan kelewatan itu sebahagiannya dengan jumlah kes semakin meningkat, di mana kes berkaitan dadah meningkat daripada sekitar 73,000 pada 2023 kepada 87,000 pada tahun lalu, manakala makmal kimia juga perlu mengendalikan sejumlah besar tugasan tidak berkaitan dadah.

Foong mengingatkan agar tidak terlalu mendesak atau tergesa-gesa menuntut laporan daripada pakar kimia, sedangkan pertuduhan mengedar dadah membawa kepada hukuman berat, termasuk hukuman mati dalam beberapa keadaan serta hukuman penjara yang panjang.

Beliau mencadangkan penubuhan mahkamah khas pengedaran dadah, sama seperti Mahkamah Khas Rasuah bagi memastikan kes dapat diselesaikan dalam tempoh setahun daripada tarikh pendaftaran kes.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order