Presiden Amira Aisya Abdul Aziz kritik amalan kerajaan agih 'gula-gula' setiap kali pilihan raya semakin hampir.Presiden Amira Aisya Abdul Aziz kritik amalan kerajaan agih 'gula-gula' setiap kali pilihan raya semakin hampir.

Mengapa umum RM216 juta sekarang, Muda soal Nga

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
Pemangku Presiden Muda, Amira AisyaPresiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz, berkata pengundi kini boleh membezakan antara pengumuman dasar yang tulen dengan ‘gula-gula’ bermotif politik.

PETALING JAYA: Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz mempersoalkan masa pengumuman peruntukan RM216.44 juta oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming bagi pembangunan perumahan dan kesejahteraan komuniti di Johor.

Bekas Adun Puteri Wangsa itu mengkritik amalan kerajaan yang mengagihkan ‘gula-gula pilihan raya’ setiap kali pilihan raya diadakan, sambil menambah pengundi sudah boleh membezakan antara pengumuman dasar yang tulen dengan ‘gula-gula’ bermotif politik.

“Bukannya saya tak suka bila kita nak bangunkan benda ini, beliau kata benda ini dah ada dalam RMK13. Persoalannya, pengumuman macam ini ia akan dibuat bila dah nak tiba PRN?” katanya dalam hantaran Instagram.

“Adakah semua ini gula-gula yang menteri nak tabur untuk Bangsa Johor. Jangan ingat orang kita sekarang ini masih bodoh.”

Amira turut mengkritik Nga kerana membuat pengumuman hampir serupa pada PRK lalu, termasuk di Kuala Kubu Baharu dan Sungai Bakap.

Semalam, Nga berkata pihak kementerian telah memperuntukkan RM216.44 juta kepada Johor di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 bagi merancakkan pembangunan perumahan, kemudahan awam, dan kesejahteraan komuniti.

Bercakap pada majlis di Skudai, Johor, Nga berkata dana tersebut merangkumi projek perumahan mampu milik, penyelenggaraan, kemudahan awam, keselamatan komuniti, pengurusan sisa pepejal, serta pembangunan bandar dan luar bandar.

PRN Johor ditetapkan pada 11 Julai dengan hari penamaan calon 27 Jun, dan pengundian awal 7 Julai.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order