Inisiatif itu bagi menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam susulan pembukaan rasmi laluan berkenaan.Inisiatif itu bagi menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam susulan pembukaan rasmi laluan berkenaan.

Tambang percuma LRT3, bas perantara sebulan mulai esok

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
anwar ibrahimPerdana Menteri Anwar Ibrahim melancarkan LRT3 laluan Shah Alam di Depoh LRT Johan Setia.

KLANG: Pengguna transit aliran ringan (LRT) 3 laluan Shah Alam dan bas perantara di sepanjang jajaran itu akan menikmati perkhidmatan percuma selama sebulan bermula esok hingga 31 Julai.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata inisiatif itu bertujuan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam susulan pembukaan rasmi laluan berkenaan.

“Bermula 29 Jun hingga 31 Julai, tambang perkhidmatan LRT laluan Shah Alam dan bas perantara sepanjang laluan Shah Alam akan diberikan secara percuma selama satu bulan,” katanya ketika melancarkan LRT3 di Depoh LRT Johan Setia.

Beliau berkata, penggunaan pengangkutan awam mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas, sekali gus menjimatkan masa perjalanan, penggunaan bahan api dan pelepasan karbon.

Anwar turut mengingatkan penjawat awam supaya mempercepatkan proses kelulusan projek tanpa mengabaikan aspek integriti dan tadbir urus.

“Kadang-kadang urusan yang patut diberi dalam tempoh dua minggu atau dua bulan jadi lapan bulan.

“Maksudnya, hal yang boleh kita lakukan. Orang yang menunggu rumah siap itu, satu bulan pun satu beban,” katanya.

Perdana menteri turut menyokong cadangan Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, untuk membangunkan kawasan sekitar stesen LRT menerusi konsep pembangunan berorientasikan transit (TOD), dengan memberi keutamaan kepada pembinaan perumahan rakyat serta ruang perniagaan kecil.

Pada 22 Jun lalu, Loke berkata LRT 3 laluan Shah Alam melengkapkan rangkaian pengangkutan awam moden di Lembah Klang dengan menghubungkan kawasan kediaman, pusat komersial, institusi pendidikan, hospital dan kawasan perindustrian.

LRT 3 laluan Shah Alam sepanjang 37.8km menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya dengan Johan Setia di Klang menerusi 20 stesen, dan akan mula beroperasi kepada orang ramai esok.

Laluan itu turut dihubungkan dengan rangkaian MRT Kajang di Bandar Utama serta LRT Kelana Jaya di Glenmarie, sekali gus memperluaskan rangkaian pengangkutan awam di koridor barat Lembah Klang.

시장 기회
BAS 로고
BAS 가격(BAS)
$0,025766
$0,025766$0,025766
-3,26%
USD
BAS (BAS) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs