Onn Hafiz Ghazi berkata budaya politik Johor selama ini lebih mengutamakan adab, keharmonian dan perbahasan secara tertib berbanding bertikam lidah di pentas terbukaOnn Hafiz Ghazi berkata budaya politik Johor selama ini lebih mengutamakan adab, keharmonian dan perbahasan secara tertib berbanding bertikam lidah di pentas terbuka

Boleh cetus suasana tak harmoni, Onn Hafiz kata debat bukan pendekatan sesuai

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
Onn Hafiz Ghazi berkata dalam konteks pilihan raya debat terbuka bukan perkara yang sesuai. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Onn Hafiz Ghazi berkata debat terbuka antara calon PRN Johor bukan pendekatan sesuai kerana dikhuatiri mencetuskan suasana tidak harmoni sepanjang tempoh berkempen.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor berkata, budaya politik di negeri itu selama ini lebih mengutamakan adab, keharmonian dan perbahasan secara tertib berbanding bertikam lidah di pentas terbuka.

Katanya, perkara itu dapat dilihat menerusi perjalanan persidangan DUN Johor yang sentiasa berlangsung dalam suasana terkawal serta saling menghormati.

“Saya lihat cara kita di Johor bukanlah dengan bertikam lidah atau berdebat secara terbuka. Kalau kita tengok sidang DUN pun, keadaannya tidak begitu. Ia harmoni, tertib dan menjaga adab.

“Kadang-kadang apabila diadakan debat terbuka, ia mengundang pasukan serta penyokong yang lebih emosional daripada individu yang berdebat itu sendiri.

“Jadi, bagi saya, kita tiada masalah, cuma dalam konteks pilihan raya ini, debat terbuka bukan perkara yang sesuai,” katanya menurut Buletin TV3.

Beliau ditemui dalam program Hari Keluarga Penjara di Kampung Paya Mas, Simpang Renggam, hari ini.

Pada 23 Jun lalu calon Pakatan Harapan (PH) DUN Puteri Wangsa, Maszlee Malik, menerima cadangan debat antaranya dengan Onn Hafiz.

Debat itu dicadangkan sebuah halaman Facebook, WOW Malaysia.

Maszlee berharap debat itu menjadi wahana untuk mendidik rakyat dan menjulang budaya politik matang.

PH dan BN akan bertembung di semua 56 kerusi pada PRN 11 Julai.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00001665
$0.00001665$0.00001665
0.00%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs