Menteri pengangkutan berkata pengguna pas My50 boleh menggunakan laluan Shah Alam selepas tempoh tambang percuma berakhir.Menteri pengangkutan berkata pengguna pas My50 boleh menggunakan laluan Shah Alam selepas tempoh tambang percuma berakhir.

My50 diperluas ke laluan Shah Alam mulai 1 Ogos

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
Mulai 1 Ogos pas perjalanan My50 akan termasuk untuk LRT 3 laluan Shah Alam. (Gambar Bernama)

KLANG: Pas perjalanan tanpa had My50 akan diperluaskan ke transit aliran ringan (LRT) 3 laluan Shah Alam (LRT3) bermula 1 Ogos selepas tempoh perkhidmatan percuma berakhir.

Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata langkah itu membolehkan pengguna pas My50 menikmati perjalanan di laluan baharu tanpa sebarang bayaran tambahan.

“Selepas tempoh tambang percuma ini menjelang 1 Ogos, My50 juga akan termasuk untuk laluan Shah Alam.

“Maksudnya kalau dia dah beli My50, semua laluan dia boleh pakai. Jadi tambahan satu lagi laluan yang boleh digunakan melalui My50,” katanya dalam sidang media selepas majlis peluncuran LRT 3 laluan Shah Alam.

Beliau berkata, kerajaan berharap inisiatif itu dapat menggalakkan lebih ramai pekerja dan pelajar menggunakan pengangkutan awam, khususnya di sepanjang jajaran laluan berkenaan.

Sementara itu, Loke berkata LRT 3 laluan Shah Alam sepanjang 37.8km yang mempunyai 20 stesen akan mula beroperasi kepada orang ramai pada 6 pagi esok.

“Kita menganggarkan ia boleh mencecah 60,000 penumpang sehari pada tahun pertama dan mengharapkan jumlah itu akan terus meningkat,” katanya.

Katanya, kementerian akan memantau jumlah penumpang setiap minggu bagi menilai keperluan menambah tren atau memendekkan kekerapan perkhidmatan pada masa depan.

Terdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan perkhidmatan LRT3 laluan Shah Alam dan bas perantara di sepanjang jajaran itu diberikan percuma mulai esok Jun hingga 31 Julai bagi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan baharu itu.

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus