Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata proses persempadanan semula perlu dilaksanakan sebelum cadangan itu boleh dibawa ke Parlimen untuk kelulusan.Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata proses persempadanan semula perlu dilaksanakan sebelum cadangan itu boleh dibawa ke Parlimen untuk kelulusan.

17 DUN baharu mungkin tak sempat tambah sebelum PRN Sarawak

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
Fadillah YusofTimbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata cadangan itu mungkin hanya dapat dibentangkan di Parlimen tahun depan, selepas semua proses selesai dilaksanakan SPR. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Cadangan penambahan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mungkin tidak sempat dibentangkan di Parlimen sebelum PRN akan datang kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menyelesaikan beberapa proses dan prosedur.

Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, berkata proses persempadanan semula perlu dilaksanakan sebelum cadangan itu boleh dibawa ke Parlimen untuk kelulusan, antaranya mempamerkan cadangan persempadanan kepada orang ramai bagi mendapatkan maklum balas sebelum membuka ruang kepada bantahan.

“Selepas pameran dibuat, akan ada tempoh untuk orang ramai mengemukakan bantahan dan sebagainya.

“Proses dan prosedur itu sahaja mungkin tidak memenuhi tempoh untuk dibentangkan pada tahun ini,” katanya menurut Berita Harian selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Insentif Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan Sekolah Menengah Sains Kuching Utara, Sarawak.

Beliau berkata, cadangan itu mungkin hanya dapat dibentangkan di Parlimen tahun depan, selepas semua proses selesai dilaksanakan SPR.

Berdasarkan amalan biasa, SPR akan mengadakan sesi libat urus dengan Ahli Parlimen dan ahli Dewan Negara pada setiap sidang Parlimen bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan persempadanan serta perwakilan bagi menjelaskan kedudukan Sarawak, selain mendapatkan pandangan serta idea sebelum usul dibentangkan.

“Supaya kita faham apabila berbahas nanti, kita tahu apa yang perlu dibawa ke Parlimen, khususnya perkara yang diperlukan oleh kerajaan Sarawak, tetapi memerlukan sokongan di Parlimen.”

Tegasnya, semua urusan berkaitan persempadanan serta penambahan kerusi DUN di bawah bidang kuasa SPR dan kerajaan menghormati setiap prosedur ditetapkan SPR.

Rang undang-undang penambahan kerusi negeri diluluskan DUN Sarawak sebulat suara pada 7 Julai 2025 membabitkan 17 kerusi baharu yang akan menyebabkan 82 kerusi meningkat kepada 99.

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus