Mahkamah Tinggi berkata Jabatan Kastam gagal membuktikan tiga bekas pengarah itu berkemungkinan melarikan diri dari Malaysia tanpa menjelaskan tanggungan GST yangMahkamah Tinggi berkata Jabatan Kastam gagal membuktikan tiga bekas pengarah itu berkemungkinan melarikan diri dari Malaysia tanpa menjelaskan tanggungan GST yang

Mahkamah batal sekatan perjalanan 7 tahun bekas pengarah isu hutang GST

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
shah alam courtMahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan sekatan perjalanan yang dikenakan Kastam terhadap tiga bekas pengarah syarikat sebagai tidak sah, tidak munasabah dan melanggar prinsip keadilan asasi.

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi membatalkan sekatan perjalanan selama tujuh tahun yang dikenakan Jabatan Kastam terhadap tiga bekas pengarah syarikat berhubung dakwaan tunggakan cukai barang dan perkhidmatan (GST), selepas memutuskan tindakan itu tidak sah dan tidak mempunyai asas undang-undang mencukupi.

Dalam membenarkan permohonan semakan kehakiman mereka, Hakim Evawani Farisyta Mohammad memutuskan sekatan perjalanan itu tidak sah, tidak munasabah dan melanggar prinsip keadilan asasi.

Jabatan Kastam mengekalkan sekatan berkenaan selama kira-kira tujuh tahun atas alasan bekas pengarah itu bertanggungjawab terhadap dakwaan liabiliti GST syarikat terbabit.

Ketika menyampaikan alasan penghakiman secara lisan, Evawani berkata Seksyen 49 Akta GST 2014 yang kini sudah dimansuhkan tidak memberi kuasa kepada jabatan itu untuk mengenakan sekatan perjalanan secara automatik hanya kerana terdapat dakwaan cukai tertunggak.

Sebaliknya, katanya, jabatan itu perlu terlebih dahulu membuktikan terdapat alasan munasabah, disokong bukti, bahawa individu terbabit akan atau berkemungkinan meninggalkan Malaysia tanpa membayar cukai berkenaan. Hakim mendapati tiada bukti menunjukkan tiga pemohon itu berisiko melarikan diri.

Beliau mengambil kira mereka mempunyai kediaman tetap, keluarga dan perniagaan di Malaysia, selain terus berurusan dengan Jabatan Kastam sepanjang pertikaian itu.

Beliau turut mendapati pemohon pernah ke luar negara dan kembali ke Malaysia selepas mendapat perintah interim mahkamah, satu tindakan yang tidak menunjukkan niat untuk mengelak dakwaan liabiliti cukai tersebut.

Jabatan Kastam berhujah sekatan perjalanan itu wajar dikenakan kerana syarikat berkenaan mempunyai hutang GST.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, jabatan itu mendakwa pemohon masih menjadi pengarah dalam tempoh berkaitan dan oleh itu boleh dipertanggungjawabkan terhadap kewajipan cukai syarikat.

Bagaimanapun, bekas pengarah itu berkata mereka sudah tidak lagi terbabit dalam pengurusan dan operasi syarikat selepas penjualan saham pada Ogos 2016, sebelum liabiliti GST itu timbul.

Menerima hujah itu, hakim memutuskan pemohon sudah meletakkan jawatan sebagai pengarah pada Ogos 2016 dan tidak lagi berada dalam lembaga pengarah apabila liabiliti cukai berkenaan timbul pada 13 Jun 2017, iaitu ketika invois berkaitan dikeluarkan.

Beliau turut menyatakan bahawa bil tuntutan Jabatan Kastam itu berkaitan tempoh bercukai yang lebih lewat.

Mahkamah memerintahkan Jabatan Kastam membayar kos RM10,000 kepada pemohon.

Peguam Jeff Sum dan Tan Wen Ying daripada Tetuan Wong & Partners mewakili pemohon, manakala Peguam Persekutuan Dzaqiff Shauqi Mohammad Agus mewakili Jabatan Kastam.

시장 기회
지에스티 로고
지에스티 가격(GST)
$0.000988
$0.000988$0.000988
+0.10%
USD
지에스티 (GST) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs