Bekas ketua Pemuda Umno bagaimanapun berkata Puad Zarkashi bebas sokong mana-mana calon PRN Johor kerana bukan lagi ahli Umno.Bekas ketua Pemuda Umno bagaimanapun berkata Puad Zarkashi bebas sokong mana-mana calon PRN Johor kerana bukan lagi ahli Umno.

Puad sokong PH bukan sebab calon, tapi kecewa, kata KJ

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
Khairy JamaluddinKhairy Jamaluddin berkata sokongan Puad Zarkashi kepada calon Pakatan Harapan, Mohamad Yazid Bakri di kerusi Rengit lebih didorong rasa kecewa, bukan kerana yakin terhadap calon itu.

LEDANG: Khairy Jamaluddin berkata Puad Zarkashi bebas menyokong mana-mana calon pada PRN Johor termasuk daripada Pakatan Harapan (PH) kerana beliau bukan lagi ahli Umno.

Bagaimanapun, bekas ketua Pemuda Umno itu berkata beliau melihat sokongan Puad kepada calon PH di Rengit itu lebih didorong rasa kecewa berbanding keyakinan terhadap calon terbabit.

“Beliau bebas untuk sokong siapa yang dia nak sokong. Dia bukan lagi ahli Umno, jadi dia tak terikat dengan disiplin Umno. Kita tak boleh halang.

“Tetapi bagi saya, saya sendiri pergi ke Rengit. Calon Barisan Nasional, Zaidi Japar, saya kenal sudah lama. Dia seorang yang rajin bekerja dan sentiasa bersama masyarakat setempat. Saya rasa dia calon yang terbaik.

“Mungkin Puad sokong PH bukan kerana PH, tetapi kerana kekecewaan peribadi. Jadi soal prinsip dia nak sokong siapa, terpulang kepada dia. Tapi saya rasa dia sokong PH itu bukan sangat tentang calon, sebaliknya lebih kepada rasa kecewa,” katanya ketika ditemui media selepas membantu kempen calon BN di DUN bawah Parlimen Ledang,

Terdahulu, Puad yang juga bekas ahli majlis kerja tertinggi Umno hari ini secara terbuka menyokong calon PH Mohamad Yazid Bakri, bagi kerusi Rengit.

Puad dalam hantaran di Facebook berkata beliau kini tidak berparti dan memilih calon berdasarkan keperibadian individu berkenaan, bukan semata-mata parti yang diwakili.

BN mencalonkan Zaidi untuk mempertahankan kerusi itu dan ditentang Yazid (PH) serta Syed Mohamad Syed Alwi dari Perikatan Nasional (PN).

시장 기회
디센트럴랜드 로고
디센트럴랜드 가격(MANA)
$0,07369
$0,07369$0,07369
+%6,39
USD
디센트럴랜드 (MANA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs