Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Grand Saga Cheras berhampiran Kampung Batu 10, Cheras.Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Grand Saga Cheras berhampiran Kampung Batu 10, Cheras.

Ibu benar anak keluar kepala melalui ‘sunroof’ ditahan

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
Tular video memaparkan kanak-kanak mengeluarkan kepala melalui ‘sunroof’ sebuah kenderaan di Lebuhraya Grand Saga Cheras, semalam.

KUALA LUMPUR: Polis telah menahan ibu kepada dua kanak-kanak yang dirakam mengeluarkan kepala mereka melalui sunroof, atau bumbung matahari, sebuah kereta hitam yang sedang bergerak.

Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof berkata wanita berusia 30 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, semalam dan telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata pihaknya telah mengesan video perbuatan kanak-kanak berumur empat dan enam tahun itu yang tular di media sosial.

“Kejadian dipercayai berlaku di Lebuhraya Grand Saga Cheras berhampiran Kampung Batu 10, Cheras dan laporan polis diterima pada 5.28 petang tadi (semalam),” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Naazron berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp. S. Tharani di talian 017-7331 935 bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan mengamalkan sikap bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri serta pengguna lain khususnya melibatkan kanak-kanak.

시장 기회
SAGA 로고
SAGA 가격(SAGA)
$0.01308
$0.01308$0.01308
-1.20%
USD
SAGA (SAGA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs