Pengundi yang sudah muak dengan PH dan BN dijangka sokong parti pimpinan Rafizi Ramli itu.Pengundi yang sudah muak dengan PH dan BN dijangka sokong parti pimpinan Rafizi Ramli itu.

Bersama mampu tarik undi kaum Cina daripada PH, kata penganalisis

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
PARTI BERSAMA MALAYSIABersama akan bertanding di 15 kerusi pada PRN Johor Sabtu ini, di kawasan-kawasan yang mempunyai antara 24.5% hingga 61.1% pengundi Cina. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Parti Bersama Malaysia (Bersama) berpotensi menarik undi kaum Cina daripada Pakatan Harapan (PH) pada PRN Johor minggu depan, walaupun masih belum dapat dipastikan sejauh mana impak parti pimpinan Rafizi Ramli itu, kata penganalisis politik.

Chin Yee MunChin Yee Mun.

Bersama bertanding di 15 kerusi, dengan pengundi Cina merangkumi antara 24.5% hingga 61.1% daripada jumlah pemilih di kawasan-kawasan tersebut.

Chin Yee Mun daripada Universiti Tunku Abdul Rahman berkata, pengundi Cina secara tradisinya menyokong PH dan kini Bersama menampilkan parti itu sebagai alternatif dengan menyuarakan isu-isu yang rapat dengan masyarakat tersebut.

“Bersama mungkin menarik sokongan pengundi Cina yang telah putus harapan terhadap kedua-dua PH dan BN,” kata Chin kepada FMT.

Bagaimanapun, segelintir pengundi mungkin akan teragak-agak untuk mengundi Bersama, memandangkan ia masih parti baharu dan bukan anggota mana-mana gabungan. Calon Bersama juga tidak begitu dikenali dan belum mempunyai rekod prestasi.

“Bagi pengundi yang lebih pragmatik, faktor-faktor ini akan buatkan mereka fikir dua kali (untuk mengundi parti itu),” katanya.

Chin mengulas gesaan calon PH di DUN Pemanis, Jalex Lee, agar masyarakat Cina menolak calon Bersama pada PRN Johor kerana ia berisiko memecahkan undi PH.

Lee berkata, Bersama dilihat menumpukan usaha untuk memenangi hati pengundi Cina dengan membangkitkan isu-isu yang membelenggu masyarakat itu.

Lau Zhe WeiLau Zhe Wei.

Lau Zhe Wei daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, ideologi yang dikongsi antara Bersama dan PH pastinya akan membantu parti itu meraih undi daripada pangkalan pengundi PH di Johor.

Bersama boleh menjadi ancaman kepada PH, terutamanya di kerusi marginal, katanya, walaupun PH boleh ‘pejam mata’ terhadap Bersama di kawasan di mana gabungan itu menang dengan majoriti besar. Pengaruh Bersama belum sebesar PH, tambahnya.

PH dan Barisan Nasional (BN) bertanding di kesemua 56 kerusi DUN pada PRN Johor, manakala Bersama bertanding di 15 kerusi.

Pengundian dijadualkan pada Sabtu ini dengan pengundian awal berlangsung hari ini.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002563
$0.00002563$0.00002563
-3.79%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs