Calon dari parti bertanding berkata ia penting bagi menyuburkan demokrasi dan dapat bentuk kerajaan yang stabil.Calon dari parti bertanding berkata ia penting bagi menyuburkan demokrasi dan dapat bentuk kerajaan yang stabil.

Calon PRN Johor harap jumlah pengundi awal tinggi

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
Anggota polis pelbagai pangkat mengundi pada pengundian awal PRN Johor di IPK Johor di Johor Bharu.

BAKRI: Seramai 927 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) hadir seawal pagi hari ini bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena PRN Johor.

Mereka mula berbaris di pusat pengundian di Tabika Kemas Batalion 6 PGA Bakri seawal 7.30 pagi, meskipun pusat mengundi hanya dibuka pada 8 pagi.

Calon Barisan Nasional (BN) DUN Bukit Naning, Ghazali Sabari yang memantau proses pengundian itu berharap peratusan keluar mengundi awal di Bukit Naning adalah tinggi.

“Kepada pengundi awal, keluarlah beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Ini penting dalam membina kerajaan yang baik dan semoga menjadi pemangkin semangat golongan muda untuk membina kerajaan yang lebih baik,” katanya ketika ditemui FMT.

Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni, turut menyeru supaya pengundi menunaikan tanggungjawab dalam menyuburkan demokrasi negara.

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN itu, Radzi Amin turut dilihat hadir memantau proses pengundian awal berkenaan.

DUN Bukit Naning menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan Ghazali Sabari (BN), Md Ysahrudin Kusni (PH), Radzi Amin (PN), Iskandar Alias (Bersama) dan S Jeganathan (Bebas).

Sebanyak 24,751 pengundi awal yang layak mengundi pada PRN Johor ke-16 dijangka menunaikan amanah mereka di 64 pusat mengundi yang diwartakan di seluruh negeri, hari ini.

Mereka terdiri daripada 12,041 anggota tentera bersama pasangan serta 12,710 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama pasangan.

Daripada keseluruhan pengundi awal polis, sebanyak 12,067 individu dijadualkan mengundi secara fizikal hari ini, manakala 643 menunaikan tanggungjawab menerusi undi pos.

Sebanyak 53 pusat mengundi awal bagi polis, manakala 11 lagi untuk tentera yang akan dibuka serentak 8 pagi ini, dengan waktu penutupan dilakukan secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 6 petang, bergantung kepada lokasi dan jumlah pemilih berdaftar.

시장 기회
Particle Network 로고
Particle Network 가격(PARTI)
$0.04725
$0.04725$0.04725
-2.17%
USD
Particle Network (PARTI) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs