Timbalan Presiden Umno berkata pihak lawan ketandusan isu untuk dijadikan modal kempen selepas gagal mempertikaikan prestasi kerajaan negeri diterajui BN.Timbalan Presiden Umno berkata pihak lawan ketandusan isu untuk dijadikan modal kempen selepas gagal mempertikaikan prestasi kerajaan negeri diterajui BN.

Bukan standard Maszlee debat dengan Onn Hafiz, kata Tok Mat

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
MOHAMAD HASANTimbalan Presiden Umno Mohamad Hasan meminta calon PH di Puteri Wangsa Maszlee Malik supaya berdebat dengan ketua bahagian.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menyifatkan cadangan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Puteri Wangsa, Maszlee Malik berdebat dengan Ketua Barisan Nasional (BN) Johor, Onn Hafiz Ghazi tidak berasas.

Beliau yang lebih dikenali Tok Mat berkata, pihak lawan ketandusan isu untuk dijadikan modal kempen selepas gagal mempertikaikan prestasi kerajaan negeri diterajui BN.

“Mereka dah tak ada modal. Nak debat apa? Nak cakap apa pasal pentadbiran negeri Johor? Menteri besar mengurus dengan baik, prestasi wakil rakyat pun baik.

“Bukan standard Maszlee nak berdebat dengan menteri besar, debat dengan ketua bahagian sahajalah,” katanya menurut Harian Metro selepas program sarapan bersama jentera BN di Kukup, Tanjung Piai, yang turut dihadiri calon BN DUN Kukup, Israk Abdullah.

Sebelum ini, Maszlee secara terbuka menerima pelawaan berdebat dengan Onn Hafiz, yang boleh dijadikan medan untuk mendidik rakyat dan mengangkat budaya politik lebih matang.

Tetapi, Onn Hafiz menolak pelawaan itu atas alasan budaya politik di Johor bukan bertikam lidah atau berdebat, selain mereka berdua bertanding di kerusi berlainan, iaitu Maszlee di Puteri Wangsa dan dirinya di Machap.

Sementara itu, Mohamad meminta pengundi tidak keliru dengan tindakan pihak lawan cuba mengaitkan jangkaan kemenangan BN pada PRN Johor dengan isu pembebasan bekas perdana menteri, Najib Razak.

“Apa kena-mengena kerajaan negeri Johor dengan pembebasan Datuk Seri Najib? Kerajaan negeri tidak mempunyai jurisdiksi atau kuasa dalam perkara itu.

“Kalau ada pun, ia tertakluk kepada kuasa pengampunan yang diperuntukkan mengikut undang-undang. Jadi jangan terkeliru dengan naratif mereka,” katanya sambil mengingatkan jentera BN tidak terlalu selesa dengan sebarang unjuran atau tinjauan meramalkan kemenangan gabungan itu pada Sabtu ini.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00001665
$0.00001665$0.00001665
+11.07%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs