Calon BN berkata isu itu tak patut jadi polemik politik manakala menurut calon PH bantuan kerajaan negeri tak selaras kehendak rakyat.Calon BN berkata isu itu tak patut jadi polemik politik manakala menurut calon PH bantuan kerajaan negeri tak selaras kehendak rakyat.

Isu pajak tanah Kg Melayu Majidee topik hangat kempen PH-BN di Larkin

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
Penyandang kerusi DUN Larkin, Mohd Hairi Mad Shah yang akan pertahan kerusi sebagai calon BN berkata, kerajaan negeri komited pelihara kedudukan Kampung Melayu Majidee. (Gambar Wikipedia)

JOHOR BAHRU: Isu pajakan tanah Kampung Melayu Majidee serta pembangunan infrastruktur awam yang seiring dengan peredaran zaman, menjadi antara topik hangat diperkatakan dalam kempen calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di DUN Larkin pada PRN Johor ke-16.

Persaingan di kawasan itu menyaksikan calon BN Mohd Hairi Mad Shah, yang juga penyandang DUN, dan calon PH Suhaizan Kaiat masing-masing membentangkan naratif serta formula berbeza bagi mengimbangi desakan kemajuan dengan pemeliharaan penempatan komuniti setempat.

Mohd Hairi yang juga exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor menegaskan, kerajaan negeri komited memelihara kedudukan Kampung Melayu Majidee menerusi tawaran sambungan pajakan selama 60 hingga 99 tahun, sama ada secara lot ataupun individu, selain diskaun premium sebanyak 50% bagi meringankan beban penduduk.

“Langkah itu jelas menunjukkan komitmen kerajaan negeri untuk memberikan tanah ini kepada legasi seterusnya agar kawasan ini terbela dan tersusun dengan kehidupan serta kemajmukan orang Melayu di tengah-tengah bandar raya ini,” katanya.

Beliau yang menyandang kerusi itu selama sepenggal berkata, isu tanah itu juga seharusnya tidak menjadi polemik politik dan perlu diselesaikan dengan fakta.

Sebaliknya, Suhaizan yang merupakan Ahli Parlimen Pulai pula berpandangan langkah kerajaan negeri membantu penduduk berkenaan setakat ini tidak selaras dengan kehendak rakyat.

Beliau mencadangkan formula rundingan ‘dua jalur’ bergerak seiringan antara komuniti dengan kerajaan bagi menyelesaikan kemelut tersebut, memandangkan penduduk mahukan status pajakan itu ditukar kepada hak milik kekal.

Selain isu tanah, cabaran untuk membangunkan kawasan yang terletak di tengah-tengah bandar raya Johor Bahru itu agar kekal mampan dan relevan mengikut peredaran zaman turut menjadi tumpuan.

Mohd Hairi mengakui keperluan untuk terus menambah baik kemudahan di Larkin termasuk isu kekurangan tempat letak kenderaan awam yang sebahagiannya berlaku apabila pekerja rentas sempadan meletakkan kenderaan di kawasan berdekatan Terminal Larkin Sentral.

Beliau bagaimanapun yakin bahawa kerajaan negeri menerusi Perbadanan Pengangkutan Awam Johor akan menyusun pelan penyelesaian yang holistik bagi menangani isu berkenaan sekiranya BN diberi mandat sekali lagi.

Dalam aspek pembangunan fizikal yang lain, Mohd Hairi turut mempertaruhkan rekod prestasinya dalam menjamin penduduk di kawasan berkenaan agar turut merasai transformasi pendidikan menerusi usahanya memastikan dua daripada empat Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) berada di Larkin.

“Selain itu, saya juga berjaya memindahkan penduduk setinggan di kawasan Larkin yang duduk di tepi stesen kereta api dan selalu dilanda banjir ke kediaman flat yang lebih selesa,” katanya.

Dalam pada itu, Suhaizan, menyentuh tentang pelan jangka panjang berhubung peluang pemilikan rumah mampu milik untuk penduduk Projek Perumahan Rakyat yang perlu diberi perhatian di Larkin, khususnya bagi menangani isu kepadatan isi rumah serta masalah pengurusan dan penyelenggaraan rumah kos rendah.

“Saya tertarik dengan pendekatan Majlis Bandaraya Pasir Gudang, rumah pangsa yang bermasalah diambil alih untuk diselenggara, perbadanan pengurusan (MC) diberi latihan dan masalah penyelenggaraan dibantu, sebelum dikembalikan semula kepada MC (apabila pulih),” katanya yang menjelaskan langkah itu berupaya untuk dilaksanakan di Larkin sekiranya diberi mandat.

Persaingan bagi memenangi DUN Larkin itu turut sama menyaksikan penyertaan calon Bersama, Norsinah Abu.

Sebanyak 172 calon bertanding merebut 56 kerusi DUN dengan hari pengundian ditetapkan 11 Julai, manakala pengundian awal berlangsung pada hari ini.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs