Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin berkata semua implikasi kos kerja semula dan pembaikan komponen usang dalam projek LCS perlu ditanggung Lunas.Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin berkata semua implikasi kos kerja semula dan pembaikan komponen usang dalam projek LCS perlu ditanggung Lunas.

Tiada dana tambahan untuk projek LCS, kos perlu kekal bawah RM11.22 bilion, kata PAC

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
Mas Ermieyati SamsudinPengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin berkata kelewatan projek LCS berpunca daripada audit teknikal oleh Naval Group dari Perancis membabitkan kira-kira 4,000 item yang perlu disemak semula. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata, kos projek kapal tempur pesisir (LCS) tidak boleh melebihi had siling RM11.22 bilion kerana tiada dana kerajaan tambahan akan diperuntukkan untuk kerja membaik pulih atau menggantikan komponen usang.

Pengerusi PAC, Mas Ermieyati Samsudin, berkata semua kos tambahan perlu ditanggung Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd (Lunas), syarikat yang membina kapal berkenaan.

Menurutnya, PAC mengesyorkan Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Kementerian Kewangan mengekalkan kawalan ketat ke atas perbelanjaan bagi memastikan projek bermasalah itu tidak melebihi had kos siling diluluskan.

“Kos keseluruhan kontrak kekal pada harga tetap RM11.22 bilion,” katanya dalam sidang media di Parlimen.

Beliau berkata, kerajaan kini menggunakan kaedah nilai terperoleh, di mana bayaran hanya dibuat berdasarkan nilai kerja fizikal disahkan, menggantikan sistem milestone lama yang terdedah kepada risiko terlebih bayar.

Katanya, kemajuan fizikal keseluruhan projek itu mencapai 75.73% setakat Disember 2025, manakala kapal pertama LCS-1 siap 82.90%.

LCS-1 menjalani ujian laut pertamanya pada 28 Jan lalu dengan kelajuan tujuh knot, tetapi penghantarannya ditangguh ke Disember, empat bulan lebih lewat daripada perancangan.

LCS-2 dijangka diserahkan pada Ogos 2027, manakala tarikh serahan LCS-3 hingga LCS-5 tidak berubah, dengan kapal terakhir dijangka siap menjelang April 2029.

Menteri Pertahanan, Khaled Nordin, sebelum ini memberitahu Parlimen, pembatalan lesen eksport peluru berpandu antikapal oleh Norway tidak menjejaskan jadual penyerahan LCS, yang telah dijamin oleh Lunas.

Beliau berkata, LCS masih mempunyai keupayaan lain, termasuk peperangan antikapal selam, antiudara dan elektronik serta sistem pengurusan tempur yang mengintegrasikan semua keupayaan itu dengan sistem radar dan pengesan kapal.

Mas Ermieyati berkata, kelewatan projek LCS sebahagian besarnya berpunca daripada audit teknikal Naval Group dari Perancis membabitkan kira-kira 4,000 item yang perlu disemak semula.

Jelasnya, 170 sistem utama LCS masih perlu diuji, manakala beberapa pembekal peralatan asal di Eropah bankrap selepas pandemik Covid-19, memaksa kontraktor mencari vendor alternatif dan melalui proses pensijilan semula.

Katanya, PAC turut mengesyorkan Mindef dan Tentera Laut Diraja Malaysia mengemukakan laporan kemajuan bertulis kepadanya setiap tiga bulan, manakala Lunas perlu memastikan stok peralatan kritikal sentiasa mencukupi untuk mengelakkan kelewatan berulang akibat kegagalan vendor asing.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00002562
$0.00002562$0.00002562
-3.82%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs