Hasnul Hakimi Hussein mahu menyelesaikan isu infrastruktur manakala Jati Awang mengangkat tuntutan pewartaan tanah adat Orang Asli.Hasnul Hakimi Hussein mahu menyelesaikan isu infrastruktur manakala Jati Awang mengangkat tuntutan pewartaan tanah adat Orang Asli.

Calon PN bawa isu infrastruktur, Asli perjuang tanah adat di Endau

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
Hasnul Hakimi Hussein dan Jati Awang terbabit pertandingan empat penjuru di DUN Endau pada PRN Johor, Sabtu ini.

MERSING: Dua calon bukan daripada gabungan kerajaan di DUN Endau tampil membawa keutamaan berbeza sepanjang kempen PRN Johor.

Calon Perikatan Nasional (PN) Hasnul Hakimi Hussein memfokuskan isu infrastruktur manakala calon Parti Orang Asli Malaysia (Asli) Jati Awang mengangkat tuntutan berkaitan hak tanah adat.

Menurut Hasnul, dalam siri kempennya antara aduan banyak diterima membabitkan keadaan jalan raya menyebabkan banyak kemalangan, keperluan jalan pintasan serta masalah haiwan ternakan berkeliaran sehingga mengancam keselamatan pengguna.

“Semua perkara ini akan dibawa ke peringkat kerajaan negeri supaya tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya kepada FMT.

Beliau juga akan memfokuskan untuk mengembangkan sektor pelancongan dan perikanan di Endau.

“Bagi melakukannya kemudahan di kawasan rekreasi seperti Pantai Penyabong dan Pantai Tanjung Resang perlu ditambah baik.

“Industri perikanan tempatan perlu dipromosikan bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk,” katanya.

Jati pula berkata, pencalonannya membawa suara masyarakat Orang Asli yang menurutnya sudah lama menuntut penyelesaian terhadap isu tanah adat.

Katanya, isu utama dibangkitkan penduduk di kampung Orang Asli ialah pewartaan tanah rizab yang masih belum diselesaikan sehingga menyebabkan kawasan penempatan tradisi terdedah kepada pencerobohan.

“Banyak kawasan telah didiami sejak turun-temurun masih belum diwartakan sebagai tanah rizab Orang Asli.

“Apabila tidak diwartakan, ia mudah dicerobohi dan menimbulkan pelbagai masalah kepada komuniti,” katanya yang turut menerima aduan berkaitan bekalan air bersih, pendidikan dan kemudahan kesihatan.

DUN Endau menyaksikan pertandingan empat penjuru yang turut membabitkan penyandang Alwiyah Talib daripada Barisan Nasional (BN) dan Saiful Nizam Samat mewakili Pakatan Harapan (PH).

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs