Lee Wern Ying berkata pengalamannya bekerja dengan bekas wakil rakyat, Liow Cai Tung, mendedahkannya kepada pelbagai isu setempat.Lee Wern Ying berkata pengalamannya bekerja dengan bekas wakil rakyat, Liow Cai Tung, mendedahkannya kepada pelbagai isu setempat.

Calon baharu PH pertaruh pengalaman akar umbi pertahan Johor Jaya

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
Lee Wern YingCalon Pakatan Harapan bagi Johor Jaya, Lee Wern Ying bertemu pengundi sepanjang tempoh berkempen bagi PRN Johor, Sabtu ini. (Gambar Facebook)

JOHOR BAHRU: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Johor Jaya Lee Wern Ying yang membuat penampilan sulung pada PRN kali ini, yakin pengalaman lapan tahun terlibat dalam kerja akar umbi telah mempersiapkan dirinya menghadapi persaingan pilihan raya.

Wanita berusia 30 tahun itu berkata, penglibatannya bersama bekas Adun tiga penggal, Liow Cai Tung, memberikannya pengalaman secara langsung dalam berkhidmat kepada penduduk serta menangani isu setempat.

Katanya, beliau banyak bekerjasama dengan Liow termasuk ketika berkhidmat sebagai anggota exco.

“Ke mana sahaja Liow pergi, saya ikut. Kami sudah bekerja bersama di Johor Jaya sejak 2018, jadi kami amat mengenali kawasan ini dan dekat dengan penduduk,” katanya kepada FMT.

Lee yang memiliki latar belakang pengajian sains politik turut berkongsi mengenai penglibatannya dalam politik. Katanya, minat untuk menjadi ahli politik tercetus selepas menjalani latihan industri di pejabat Liew Chin Tong pada 2014, ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kluang.

“Saya terlibat secara aktif dalam politik sejak 2018,” katanya.

Sekiranya diberi mandat, Lee berkata beliau akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan janji pilihan raya serta meneruskan penyediaan perkhidmatan asas kepada penduduk.

Antara keutamaannya ialah menambah baik sistem pengangkutan awam dengan menggesa terminal bas Johor Jaya di Jalan Dedap dinaik taraf menjadi hab pengangkutan bagi melengkapi projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link, sistem Automated Rapid Transit (ART) dan perkhidmatan Shuttle Selatan

Beliau berkata, terminal berkenaan termasuk pasar awam dan arked bersebelahan sudah lama memerlukan kerja naik taraf.

Katanya, Liow sebelum ini telah beberapa kali membangkitkan perkara itu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

“Namun sehingga hari ini, masih belum ada rancangan jelas untuk kerja naik taraf berkenaan,” katanya.

Lee akan berdepan saingan empat penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Chan San San, calon Bersama, Lau Yi Leong, serta calon bebas, HP Lim.

Mengulas persaingan pada PRN kali ini, Lee mengakui sedikit berdebar menjelang hari pengundian.

“Saya berharap orang ramai keluar mengundi,” katanya.

Johor Jaya merupakan kerusi campuran dengan pengundi bukan Melayu membentuk hampir 60% daripada keseluruhan pengundi, manakala Melayu merangkumi 40.1%. Pengundi Cina merupakan kumpulan terbesar dengan 45.5%.

시장 기회
Love Earn Enjoy 로고
Love Earn Enjoy 가격(LEE)
$0,999
$0,999$0,999
0,00%
USD
Love Earn Enjoy (LEE) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs