Liew Chin Tong berkata kerajaan telah bayar hutang dan komitmen RM42.5 bilion selain masih tanggung baki RM8.9 bilion menerusi Sukuk IMTN.Liew Chin Tong berkata kerajaan telah bayar hutang dan komitmen RM42.5 bilion selain masih tanggung baki RM8.9 bilion menerusi Sukuk IMTN.

Kerajaan tanggung RM51.4 bilion liabiliti 1MDB, kata timbalan menteri

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
1mdbLiew Chin Tong berkata kerajaan berjaya mendapatkan semula RM31.3 bilion dana berkaitan 1MDB menerusi pelbagai usaha pemulihan aset. (Gambar Reuters)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah membayar RM42.5 bilion bagi melunaskan hutang dan komitmen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat 30 Jun lalu, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Beliau berkata jumlah itu merangkumi bayaran prinsipal, faedah, kos guaman, kos operasi serta komitmen lain yang perlu ditanggung kerajaan.

Bagaimanapun, Liew berkata kerajaan masih menanggung liabiliti RM8.9 bilion menerusi Sukuk Islamic Medium-Term Note (IMTN) yang dijamin kerajaan dan hanya akan matang pada 2039.

“Sukuk IMTN berjumlah RM8.9 bilion itu melibatkan bayaran prinsipal RM5 bilion dan faedah RM3.9 bilion, yang akan matang pada 2039.

Liew Chin TongLiew Chin Tong.

“Secara keseluruhannya, tanggungan 1MDB yang telah dan masih perlu ditanggung kerajaan adalah sebanyak RM51.4 bilion,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) yang meminta menteri kewangan menyatakan jumlah keseluruhan hutang 1MDB yang ditanggung kerajaan persekutuan.

Chong turut meminta kerajaan menyatakan jumlah yang sudah dibayar serta dana dan aset 1MDB yang berjaya diperoleh semula setakat ini.

Liew berkata kerajaan berjaya mendapatkan semula RM31.3 bilion dana berkaitan 1MDB menerusi pelbagai usaha pemulihan aset.

Namun, katanya, jika tiada lagi dana dipulangkan pada masa depan, kerajaan masih perlu menanggung baki RM20.1 bilion daripada keseluruhan obligasi itu.

Beliau berkata skandal 1MDB bukan sahaja menyebabkan kerugian kewangan besar kepada kerajaan, malah menjejaskan reputasi dan kredibiliti Malaysia di peringkat antarabangsa.

Katanya, isu itu mendapat liputan meluas media global, mencetuskan siasatan pelbagai agensi penguatkuasaan di beberapa negara dan melibatkan prosiding mahkamah rentas sempadan.

“Keadaan ini memberi kesan negatif terhadap persepsi masyarakat antarabangsa terhadap sistem tadbir urus, integriti institusi awam dan pengurusan kewangan negara.

“Reputasi negara yang terjejas turut memberi cabaran kepada usaha kerajaan memperkukuh keyakinan pelabur, meningkatkan daya saing ekonomi serta mengekalkan kepercayaan pasaran terhadap institusi dan dasar fiskal negara,” katanya.

Liew berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berusaha memperkukuh tatakelola pentadbiran negara bagi memulihkan keyakinan dunia terhadap Malaysia.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs