Menteri pertahanan berkata Norway tidak menghormati Malaysia apabila membatalkan lesen eksport sistem peluru berpandu antikapal yang ditempah Putrajaya.Menteri pertahanan berkata Norway tidak menghormati Malaysia apabila membatalkan lesen eksport sistem peluru berpandu antikapal yang ditempah Putrajaya.

Henti kontrak pertahanan dari Norway wajar, kata Khaled

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
khaled nordinMenteri Pertahanan Khaled Nordin berkata pendirian Malaysia telah dimaklumkan kepada timbalan menteri luar Norway dan dutanya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Keputusan kerajaan tidak meneruskan semua perolehan dan kontrak pertahanan dengan Norway adalah wajar dan tepat kerana negara itu dilihat tidak menghormati Malaysia, kata Menteri Pertahanan, Khaled Nordin.

Menurutnya, keputusan itu dipersetujui Jemaah Menteri selepas Kementerian Pertahanan (Mindef) mencadangkan tiada lagi perolehan aset pertahanan baharu dibuat dengan Norway selepas negara itu membatalkan lesen eksport sistem peluru berpandu antikapal (NSM) yang ditempah Malaysia.

Beliau berkata, Jemaah Menteri turut meneliti sama ada pendirian itu, yang hanya terpakai kepada Mindef, akan diperluaskan kepada kementerian lain.

“Apabila mana-mana kontrak yang melibatkan Norway tamat, kerajaan mungkin tidak akan mendapatkan khidmat mereka atau menyambung kontrak itu.

“Ini satu usaha dan tindakan yang saya percaya sangat wajar dan tepat kerana Norway seolah-olah tidak menghormati negara kita dan saya berharap rakyat memahami serta memberikan sokongan,” katanya menurut Bernama pada program Ziarah Kasih di Felda Pasak, Kota Tinggi.

Semalam, jurucakap kerajaan perpaduan, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, Mindef diarah menghentikan serta-merta semua perolehan peralatan atau kelengkapan pertahanan baharu dari Norway selepas membatalkan lesen eksport NSM dan sistem pelancar berkaitan atas alasan melindungi keselamatan negara itu.

Khaled berkata, Malaysia kesal dengan tindakan Norway kerana kontrak itu dimeterai sejak 2018, dengan bayaran dibuat sebelum lesen eksport dibatalkan secara sepihak pada saat akhir tanpa sebarang makluman atau perbincangan dengan Malaysia.

Katanya, alasan Norway bahawa NSM hanya dijual kepada negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan sekutunya tidak meyakinkan kerana negara itu mengetahui keperluan Malaysia untuk memperkukuh keupayaan pertahanan, khasnya rondaan dan keselamatan di Laut China Selatan.

Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata, pendirian Malaysia telah dimaklumkan kepada timbalan menteri luar Norway serta duta negara terbabit dan menekankan hubungan dua hala perlu berasaskan kepercayaan serta saling menghormati.

“Kita tidak lagi percaya kepada Norway,” katanya.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00001373
$0.00001373$0.00001373
-46.13%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs