Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia mendakwa RM53 juta hasil pemindahan tiga ekor gajah tidak disalurkan ke tabung kerajaan, sebaliknya jatuh ke tangan individu tertentuHak Asasi Hidupan Liar Malaysia mendakwa RM53 juta hasil pemindahan tiga ekor gajah tidak disalurkan ke tabung kerajaan, sebaliknya jatuh ke tangan individu tertentu

Dakwaan bekas menteri rasuah RM53 juta tak berasas, kata SPRM

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
abdul halim amanKetua Pesuruhjaya SPRM Abdul Halim Aman berkata siasatan setakat ini tidak menemui sebarang aliran tunai atau pembayaran kepada bekas menteri Nik Nazmi Nik Ahmad atau mana-mana syarikat mencurigakan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dakwaan bekas menteri sumber asli dan kelestarian alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menerima rasuah RM53 juta dalam urusan pemindahan tiga ekor gajah ke Jepun tidak berasas kerana siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang aliran wang mengaitkannya.

“Siasatan menunjukkan dan mendapati tidak wujud aliran wang ataupun aliran tunai pembayaran kepada menteri atau mana-mana syarikat mencurigakan.

“Hasil siasatan pihak kami setakat ini menunjukkan perkara yang dibangkitkan itu, berkenaan rasuah RM53 juta setakat ini tidak mempunyai asas,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abdul Halim Aman menurut Sinar Harian dalam sidang media di ibu pejabat agensi antirasuah itu di Putrajaya.

Bulan lalu, Nik Nazmi dilaporkan berkata, beliau tiada sebarang kaitan dengan urusan pemindahan tiga ekor gajah – Dara, Amoi dan Kelat – ke Zoo Tennoji di Osaka, Jepun.

Tegasnya, beliau sentiasa berpegang kepada pendiriannya dan tiada apa-apa untuk disembunyikan, jika disiasat SPRM.

Pada 18 Jun lalu, Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup) mendakwa pembayaran hasil pemindahan tiga ekor gajah dari Malaysia ke Jepun sebanyak RM53 juta tidak disalurkan ke tabung kerajaan, sebaliknya berakhir di tangan individu tertentu.

Justeru, kumpulan hak hidupan liar itu meminta SPRM menyiasat Nik Nazmi serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berhubung perkara berkenaan.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00001553
$0.00001553$0.00001553
+3.60%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs