Presiden PAS menyebut dua parti itu perlu utama matlamat lebih besar perkukuh kepimpinan diterajui Melayu-Islam menjelang PRN Johor esok.Presiden PAS menyebut dua parti itu perlu utama matlamat lebih besar perkukuh kepimpinan diterajui Melayu-Islam menjelang PRN Johor esok.

PAS, BN kerjasama ketepi perbezaan, kata Hadi

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
muafakat nasionalPresiden Umno Zahid Hamidi (kiri) dan rakan sejawat daripada PAS, Hadi Awang, semasa pembentukan Muafakat Nasional, pada 2019.

PETALING JAYA: Presiden PAS Hadi Awang mendakwa PAS dan Barisan Nasional (BN) telah mengetepikan perbezaan demi mencapai matlamat lebih besar bagi mengelak perpecahan kuasa politik umat Islam.

Dalam hantaran di Facebook, Hadi menegaskan kepimpinan diterajui orang Melayu-Islam perlu terus diperkukuhkan bagi memelihara kedudukan Islam, selain menjamin keadilan serta kesejahteraan kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Atas pertimbangan tersebut, kerjasama antara PAS dan BN di Johor dibentuk bagi mengelakkan perpecahan kuasa politik umat Islam.

“Perbezaan yang pernah wujud diketepikan demi mencapai matlamat yang lebih besar, iaitu mempertahankan kestabilan negeri serta memastikan kepimpinan terus berada di landasan yang betul.”

Langkah PAS menyokong BN pada PRN Johor menandakan anjakan ketara daripada sebahagian besar sejarah PAS-Umno, yang mana dua parti berkenaan sering menjadi seteru paling sengit.

Titik konflik utama berlaku pada 1981 apabila Hadi menyampaikan ucapan kontroversi, yang kemudiannya dikenali sebagai ‘Amanat Hadi’, yang mana beliau menuduh pemimpin dan ahli Umno sebagai kafir kerana mempertahankan undang-undang sekular warisan zaman penjajah, berbanding undang-undang Islam.

Beliau juga menyifatkan perjuangan politik menentang Umno sebagai satu bentuk jihad.

Ucapan tersebut dikaitkan dengan peristiwa Memali, yang menyaksikan 18 individu termasuk empat anggota polis terkorban apabila pihak berkuasa melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud, di Memali, Baling.

Walaupun PAS dan Umno memeterai pakatan dikenali Muafakat Nasional (MN) pada 2019, ia akhirnya runtuh selepas PAS menyertai Bersatu untuk membentuk Perikatan Nasional (PN) pada tahun berikutnya.

Mei lalu, Hadi membidas kenyataan Presiden Umno Zahid Hamidi yang mendakwa, bahawa pengkhianatan ada dalam ‘DNA’ parti itu. Beliau berkata, Umno sebelum ini pernah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap PAS, walaupun dua parti pada mulanya berhasrat agar akta itu digunakan untuk mengekang ancaman komunis.

“Rupa-rupanya DNA khianat ini ada pada Umno bukan pada PAS. Peristiwa itu tetap diingati oleh Melayu yang tidak lupa,” kata Hadi dalam tulisan ‘Minda Presiden PAS’.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.00001593
$0.00001593$0.00001593
-4.32%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs