Ong Hui Xue berkata MCA perlu menjelaskan pendiriannya ketika pemimpin Umno terus mendesak agar bekas perdana menteri itu diberikan pengampunan penuh.Ong Hui Xue berkata MCA perlu menjelaskan pendiriannya ketika pemimpin Umno terus mendesak agar bekas perdana menteri itu diberikan pengampunan penuh.

Adakah MCA setuju Najib patut dibebaskan, soal wakil DAP

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
najib razakBekas perdana menteri Najib Razak sedang menjalani hukuman penjara enam tahun dalam kes SRC International.

PETALING JAYA: Seorang pembantu kepada Pengarah Pilihan Raya DAP Wong Kah Woh mencabar MCA menyatakan sama ada parti itu menyokong usaha Umno supaya bekas perdana menteri Najib Razak diberikan pengampunan penuh.

Dalam hantaran di Facebook, Ong Hui Xue menuduh pemimpin MCA mengelak daripada menjawab isu itu susulan kontroversi membabitkan sepanduk yang memaparkan poster ‘Bebaskan Najib’ diletakkan bersebelahan papan iklan ‘Maju Johor’.

“Tiada seorang pun pemimpin MCA ini yang berani menyentuh isu utama — adakah MCA bersetuju bahawa Najib patut dibebaskan?” kata Ong.

Beliau memetik kenyataan terdahulu pemimpin Umno yang menyokong Najib, termasuk kenyataan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi yang menyebut rakyat ‘merindui’ bekas perdana menteri itu, serta 104 usul daripada bahagian Umno yang dikemukakan pada Perhimpunan Agung Umno 2026, memohon pengampunan penuh untuk Najib.

Beliau berkata, walaupun Umno telah menjelaskan pendiriannya, MCA perlu memberitahu pengundi sama ada parti itu menyokong sekutunya dalam Barisan Nasional (BN).

“MCA tidak boleh mengelak daripada persoalan sama ada mereka akan sekali lagi mengkhianati rakyat,” katanya.

Bekas Presiden Umno, Najib, 72, kini sedang menjalani hukuman penjara enam tahun dalam kes SRC International. Hukuman penjara beliau dijadualkan berakhir pada 23 Ogos 2028.

Beliau turut disabitkan oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan 1MDB, yang mana beliau dijatuhi hukuman penjara 15 tahun, bermula selepas tamat hukuman semasanya.

Beliau telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

시장 기회
온톨로지 가스 로고
온톨로지 가스 가격(ONG)
$0.04905
$0.04905$0.04905
+0.32%
USD
온톨로지 가스 (ONG) 실시간 가격 차트

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs