Borang pengecualian akan tersedia dalam talian bermula Isnin ini.Borang pengecualian akan tersedia dalam talian bermula Isnin ini.

Lindung 24 Jam: Pekerja perlu isi borang pengecualian caruman

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 [email protected]으로 연락주시기 바랍니다
office workerSkim Lindung 24 Jam yang diperkenalkan bulan lalu dibiayai sepenuhnya oleh pekerja.

KUALA LUMPUR: Pekerja yang tidak mahu meneruskan caruman Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) perlu mengisi borang pengecualian.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata borang itu akan tersedia secara dalam talian bermula Isnin ini.

“Kita ingin memastikan perkara ini dilaksanakan dengan sempurna.

“Maksudnya, sesiapa yang ingin keluar daripada skim ini perlu mengisi borang yang kita anggap sebagai perakuan pelepasan liabiliti,” katanya dalam sidang media di Menara Perkeso.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan caruman skim itu dilaksanakan secara sukarela dan bukan lagi mandatori berkuat kuasa serta-merta. Namun, ia kekal wajib bagi pekerja asing.

Mohammed Azman Aziz MohammedKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial Mohammed Azman Aziz Mohammed dalam sidang media di Menara Perkeso.

Pada Rabu, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata keputusan menjadikan ia sukarela bagi pekerja tempatan dimuktamadkan dalam mesyuarat Kabinet, selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim membangkitkan maklum balas awam diterimanya berhubung pelaksanaan skim itu.

Diperkenalkan bulan lalu, Lindung 24 Jam dibiayai sepenuhnya oleh pekerja, berbeza dengan model tradisional Perkeso yang kebanyakannya dibiayai majikan. Kadar caruman bermula pada 0.75% daripada gaji bulanan, meningkat kepada 1% pada tahun ketiga dan 1.25% mulai tahun keenam.

Bagi pekerja yang menerima gaji antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan, jumlah caruman Perkeso adalah antara RM22.50 hingga RM37.50 sebulan, yang akan dipotong terus daripada gaji.

Majikan akan membuat bayaran kepada Perkeso bersama caruman bulanan lain seperti biasa, membolehkan pekerja yang layak menerima perlindungan tanpa perlu mengambil polisi berasingan.

Lindung 24 Jam menawarkan perlindungan standard kepada semua pencarum tanpa mengira umur selagi mereka masih bekerja, berbanding manfaat yang berbeza mengikut terma polisi dan tahap perlindungan individu.

Dalam pada itu, Azman berkata tujuan pengisian borang pembatalan skim itu perlu dibuat supaya sebarang kemalangan pekerja di luar waktu bekerja tidak dituntut.

“Jika mereka memilih untuk tidak (teruskan), jadi bila ada perakuan pelepasan liabiliti ini, Perkeso ataupun majikan tidak akan bertanggungjawab.

“Jadi, maknanya kemalangan, kecederaan, kematian yang berlaku, jika luar waktu kemalangan, tidak akan ada sebarang perlindungan. Jangan nak salahkan Perkeso ataupun majikan selepas ini,” katanya.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, [email protected]으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Activate to Enjoy Special Perks

Activate to Enjoy Special PerksActivate to Enjoy Special Perks

Access 0 fees, premium support, and loss coverage.