Harga niaga hadapan minyak mentah Brent susut kepada USD87.73 setong manakala WTI merosot kepada USD85.20 setong. (Gambar EPA Images)
MOSCOW: Harga minyak global susut kira-kira 4%, dengan harga minyak mentah Brent jatuh di bawah paras USD88 setong buat pertama kali sejak 17 April, menurut data dagangan pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Setakat 07:58 GMT, harga niaga hadapan minyak mentah Brent bagi penghantaran Ogos susut 3.97% kepada USD87.73 setong, menandakan kali pertama sejak 17 April harga jatuh di bawah paras USD88.
Sementara itu, niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran Julai merosot 2.86% kepada USD85.20 setong.

