Selain Kelantan, negeri-negeri lain yang terletak berhampiran dan di sempadan negara turut rekod kadar tinggi salah guna dadah tahun lepas.Selain Kelantan, negeri-negeri lain yang terletak berhampiran dan di sempadan negara turut rekod kadar tinggi salah guna dadah tahun lepas.

Kelantan catat kadar penagih, salah guna dadah tertinggi

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Pengarah Bahagian Pencegahan AADK Siti Mariam Mursidan sampaikan cenderamata kepada Ketua Kampung Gong Rawai, salah satu lokasi perintis bagi program Kampung Aspirasi Bebas Dadah di Terengganu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Empat negeri yang terletak berhampiran dan di sempadan negara, iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah, terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di negara ini tahun lepas.

Pengarah Bahagian Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Siti Mariam Mursidan berkata, Kelantan mencatat kadar tertinggi, iaitu sebanyak 1,105 penagih dan penyalahgunaan dadah bagi setiap 100,000 penduduk, diikuti Terengganu (997 orang), Perlis (970 orang) dan Kedah (965 orang).

Beliau menjelaskan, faktor geografi negeri-negeri itu membuka ruang bekalan bahan terlarang itu masuk ke pasaran tempatan, sekali gus memudahkan golongan penagih dadah mendapatkan sumber.

“Secara keseluruhan, 191,832 tangkapan melibatkan penagih dan penyalah guna dadah serta bahan terlarang direkodkan sepanjang tahun lepas,” katanya selepas program Kuala Nerus Car Free Hour (KNCFH) dan Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) Peringkat Negeri Terengganu 2025, di Kuala Nerus, lapor Bernama.

“Selain empat negeri tersebut, negeri lain yang turut mencatat kadar agak tinggi ialah Pahang (795 orang), Pulau Pinang (757 orang), Melaka (659 orang) dan Perak (579 orang).”

Beliau bagaimanapun berkata, semua negeri masih berada dalam keadaan terkawal.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Terengganu Suffian Sulaiman dan Pengarah AADK Terengganu Arzmi Abdullah.

Pada majlis itu, Siti Mariam turut mengumumkan pemilihan dua kampung, iaitu Kampung Gong Rawai, Kuala Terengganu dan Kampung Rawai, Marang sebagai perintis Program Kampung Aspirasi Bebas Dadah.

Beliau berkata, pemilihan lokasi itu berdasarkan komitmen kepimpinan serta komuniti dalam membantu AADK melaksanakan sebarang program pencegahan serta kegiatan berkaitan.

“Pemilihan kampung bukanlah bermakna kawasan itu ramai penagih dadah, tetapi atas dasar kerjasama dan kesediaan komuniti dan pemimpin masyarakat terhadap sebarang usaha memerangi najis dadah.

“Terengganu agak istimewa kerana dua kampung dipilih sebagai projek perintis, di negeri-negeri lain hanya satu sahaja kampung angkat untuk program sama,” katanya.

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage