Pengerusi Eksekutif FMT Nelson Fernandez berkata landskap sosial dan ekonomi Malaysia yang pelbagai memerlukan organisasi media tampil pelbagai perspektif untukPengerusi Eksekutif FMT Nelson Fernandez berkata landskap sosial dan ekonomi Malaysia yang pelbagai memerlukan organisasi media tampil pelbagai perspektif untuk

Media harus elak jadi ‘ruang gema’ jika mahu kekal relevan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Interview Nelson FernandezPengerusi Eksekutif FMT Nelson Fernandez (kanan) ketika ditemu bual oleh Ketua Program Bernama TV Gerard Ratnam sempena Hawana 2026 di Pusat Konvensyen PICCA di Butterworth, Pulau Pinang, hari ini.

PETALING JAYA: Organisasi media tidak boleh hanya menjadi ‘ruang gema’ jika mahu mengekalkan integriti dan kredibiliti.

Dalam temu bual bersama Bernama sempena  Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2026, Pengerusi Eksekutif FMT, Nelson Fernandez, berkata cabaran utama dihadapi organisasi media bukanlah politik semata-mata, tetapi skala gangguan digital yang sedang mengubah industri.

Beliau berkata, dengan kadar capaian internet Malaysia yang menghampiri 98%, khalayak tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada media tradisional untuk mendapatkan maklumat.

Katanya, landskap sosial dan ekonomi Malaysia yang pelbagai juga memerlukan organisasi media menampilkan pelbagai perspektif untuk terus relevan dan bermanfaat kepada masyarakat.

“Kita tidak boleh menjadi ruang gema kerana itu adalah jalan menuju kepada ketidakrelevanan,” kata Fernandez sambil menegaskan media perlu mencerminkan pandangan pelbagai kelompok bagi memastikan laporan kekal seimbang dan inklusif.

Beliau berkata, berita pada masa kini perlu disampaikan dalam format yang ringkas tetapi bernas, sesuai dengan tabiat penggunaan maklumat moden.

Menurutnya, pendekatan ‘satu cara untuk semua’ sudah lapuk dan pemimpin media perlu benar-benar memahami kepelbagaian audiens mereka.

“Dengan cabaran ini, jika anda mengendalikan sebuah syarikat media hari ini tetapi tidak memahami audiens anda, maka anda sebenarnya beroperasi dalam kegelapan,” katanya.

Ketika ditanya oleh pengacara Gerard Ratnam sama ada kecerdasan buatan (AI) menjadi ancaman kepada industri media, Fernandez berkata beliau melihat teknologi itu sebagai pemudah cara yang berkuasa.

“Saya tidak berasa terancam dengan AI. Saya fikir ia bergantung kepada bagaimana kita memilih untuk menggunakannya,” katanya sambil membandingkan AI dengan bagaimana radio pernah mengganggu industri akhbar, dan televisyen kemudiannya mengganggu radio.

Beliau menegaskan bahawa keaslian dan kandungan yang bermakna adalah kunci untuk terus bertahan dalam era revolusi AI.

Katanya, AI tidak akan dapat menggantikan ‘jiwa’ sesebuah cerita, yang lahir daripada usaha wartawan turun ke lapangan untuk mendapatkan maklumat secara langsung.

Menggunakan contoh liputan mengenai kebajikan pelarian, Fernandez berkata wartawan mampu memberikan perspektif kehidupan sebenar yang tidak boleh ditiru oleh AI.

“Sebagai wartawan, anda boleh menyuntik jiwa itu ke dalam penulisan anda bersama semua maklumat lain yang anda miliki,” katanya.

Mengulas masa depan industri, Fernandez menjangkakan perubahan besar terhadap peranan warga bilik berita dan berkata wartawan moden perlu memiliki pelbagai kemahiran untuk terus bertahan dalam dekad akan datang.

Beliau berkata, zaman wartawan sekadar menulis semula kenyataan dan menyerahkannya kepada penyunting, sudah berakhir. Menurutnya, masa depan adalah milik wartawan serba boleh yang mampu menulis, menyunting dan menghasilkan kandungan video, sering kali dengan bantuan alat AI.

“Mereka perlu mempunyai pelbagai kemahiran supaya dapat mengekalkan kerelevanan dalam persekitaran media baharu,” katanya.

Mengakhiri temu bual, Fernandez berkata organisasi media tidak boleh merancang terlalu jauh ke hadapan memandangkan perubahan teknologi berlaku dengan begitu pantas dan perancangan kini perlu diukur dalam bulan, bukannya tahun.

“Satu-satunya cara untuk terus bertahan adalah dengan sentiasa berada di hadapan perubahan,” katanya.

“Saya percaya evolusi berterusan adalah cara untuk kekal relevan dalam industri kita.”

Hawana 2026 berlangsung hari ini di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth, Pulau Pinang.

Bertemakan ‘Integriti Media Memperkukuh Kredibiliti’, acara itu menghimpunkan lebih 1,000 pengamal media tempatan dan antarabangsa, serta dirasmikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs