Semua barangan di kilang yang terletak di Gambang itu disita kerana menjalankan aktiviti tanpa lesen.Semua barangan di kilang yang terletak di Gambang itu disita kerana menjalankan aktiviti tanpa lesen.

Lebih RM6 juta rampasan di kilang proses e-waste

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Komander Briged Tenggara PGA, Ahmad Radzi Hussain berkata premis itu dipercayai dijadikan tempat penyimpanan sementara dan beroperasi tanpa lesen serta permit yang sah. (Gambar PGA Briged Tenggara)

KUANTAN: Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai barangan serta sisa elektronik (e-waste) bernilai lebih RM6.48 juta dalam serbuan di sebuah kilang di Gambang, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Ahmad Radzi Hussain berkata serbuan Ops Hazard pada kira-kira 3 petang itu dilakukan susulan intipan oleh Cawangan Risik Batalion 7 PGA Kuantan dengan bantuan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Beliau berkata seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun yang mengaku sebagai pengurus kilang itu ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen berkaitan pemilikan barangan yang disimpan di premis berkenaan.

“Pemeriksaan menemukan pelbagai barangan termasuk 20 tan sisa elektronik, 40 unit lampu tekanan tinggi natrium wap (HPSV), 30 unit suis gear Ring Main Unit (RMU), 10 unit tangki Intermediate Bulk Container (IBC) berkapasiti 1,000 liter, 8,000 liter minyak transformer dan 400 liter diesel.

“Rampasan melibatkan lima guni jumbo papan induk komputer seberat lima tan, 15 guni jumbo barangan elektronik seberat 15 tan, satu guni tembaga seberat 550kg, selain peralatan penyedut minyak dan pelbagai komponen elektrik lain dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM6,489,340,” katanya dalam kenyataan.

Radzi berkata hasil siasatan awal mendapati semua barangan itu milik sebuah syarikat yang beroperasi di Pengkalan Chepa, Kelantan dan dipercayai dibawa ke lokasi berkenaan untuk proses peleraian komponen sebelum dihantar semula ke premis syarikat tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata lokasi serbuan dipercayai dijadikan tempat penyimpanan sementara dan beroperasi tanpa lesen serta permit yang sah.

Selain itu, Radzi berkata barangan rampasan berkaitan diesel diserahkan kepada KPDN untuk siasatan lanjut, manakala bahan buangan elektronik diserahkan kepada JAS Pahang.

Katanya, MBK akan mengambil tindakan menyita semua barangan di premis berkenaan kerana menjalankan aktiviti tanpa lesen dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bekalan 1961, Seksyen 38(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Seksyen 2 Undang-undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian 1992.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order