Syarikat itu berkata 111 pelabur yang menyamannya sudah memahami risiko sebelum melabur dalam skim berkenaan.Syarikat itu berkata 111 pelabur yang menyamannya sudah memahami risiko sebelum melabur dalam skim berkenaan.

QEW nafi tipu pelabur RM20.45 juta, dakwa mereka sedar risiko pelaburan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
scales of justice gavelQEW Group dan 111 pelabur terlibat dalam pertikaian undang-undang berhubung satu skim pelaburan yang dipertikaikan. (Gambar fail)

KUALA LUMPUR: Firma pelaburan QEW Group Bhd dan dua pengarahnya memberitahu Mahkamah Tinggi di sini 111 pelabur yang menyaman mereka bagi menuntut RM20.45 juta bukan mangsa penipuan, sebaliknya ‘pelabur sofistikated’ yang secara sedar menerima risiko produk pelaburan bersifat spekulatif.

Dalam pernyataan pembelaan difailkan Ahnaf Zaimi & Co, defendan berkata skim Saham Keutamaan Boleh Tebus-i (RPS-i) QEW ialah produk berstruktur yang disasarkan kepada pelabur sofistikated dan lazimnya memerlukan pelaburan minimum RM250,000.

Mereka berkata plaintif memenuhi kriteria Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai pelabur sofistikated.

“Plaintif ialah pelabur sofistikated yang mengisytiharkan mereka mampu menilai sendiri risiko berkaitan pelaburan mereka,” kata defendan, sambil menambah plaintif turut menandatangani akuan bertulis yang mengesahkan kelayakan mereka.

Defendan turut menolak dakwaan skim itu menjamin perlindungan modal atau keuntungan, dengan menyifatkan dakwaan sedemikian sebagai ‘langsung tidak logik’ dan bercanggah sifat komersial serta struktur sebenar perjanjian RPS-i.

Mereka berkata perjanjian itu secara jelas memaklumkan bahawa pelanggan berisiko kehilangan keseluruhan pelaburan mereka.

Plaintif, yang berusia antara 28 hingga 89 tahun, memfailkan saman pada April bagi menuntut pemulangan modal pelaburan berjumlah RM20.45 juta serta deklarasi bahawa pengarah Iqbal Mohamad dan Fairoz Muhammed telah mengatur skim penipuan dan bertindak cuai.

Mereka turut menuntut ganti rugi khas RM20.45 juta, ganti rugi teladan dan teruk RM1 juta, ganti rugi am yang akan ditaksir mahkamah, serta faedah 5% setahun sehingga penyelesaian penuh.

Pelabur mendakwa pengarah terbabit memberi jaminan bahawa modal mereka dilindungi dan mereka akan menerima dividen bulanan secara tetap.

Mereka mendakwa bayaran dividen kemudian menjadi tidak menentu sebelum dihentikan sepenuhnya, manakala syarikat gagal memulangkan wang mereka walaupun sebelum ini didakwa menjanjikan pelan keluar.

Bagaimanapun, QEW berkata bayaran dividen tidak dijamin dan bergantung kepada kedudukan kewangan serta aliran tunai syarikat.

Syarikat itu berkata pembayaran dividen untuk satu tempoh, diikuti cadangan pelan keluar, menunjukkan niat baik dalam mengurus realiti komersial, bukannya niat untuk menipu.

Defendan berkata syarikat sentiasa memaklumkan perkembangan kepada pelabur melalui e-mel, kemas kini dalam talian, mesej WhatsApp dan laporan kewangan.

Mereka menambah sebarang isu syariah berhubung instrumen RPS-i perlu terlebih dahulu dirujuk kepada Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia sebelum mahkamah boleh menimbangkan merit tuntutan itu.

Peguam Hizri Hasshan mewakili plaintif.

Mahkamah Tinggi menetapkan 6 Julai untuk pengurusan kes.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order