PCM kini dikenali Parti Wawasan Negara selepas dijenamakan semula pada mesyuarat khas perwakilan, Sabtu lalu.PCM kini dikenali Parti Wawasan Negara selepas dijenamakan semula pada mesyuarat khas perwakilan, Sabtu lalu.

Bersatu bantah PCM sertai PN, dakwa permohonan tak teratur

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Ahmad Faizal Azumu dakwa semakan mendapati perubahan barisan kepimpinan dan nama Parti Cinta Malaysia kepada Parti Wawasan Negara belum diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bersatu membantah kemasukan Parti Cinta Malaysia (PCM) ke dalam Perikatan Nasional (PN), mendakwa permohonannya tidak teratur dan boleh menambah masalah dalaman gabungan berkenaan.

PCM kini dikenali Parti Wawasan Negara (Wawasan) selepas dijenamakan semula yang menurut Presiden Hamzah Zainudin diluluskan pada mesyuarat khas perwakilan, Sabtu lalu.

Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, berkata bantahan dibuat kerana PN masih berdepan masalah sesama parti anggota selepas PAS memutuskan hubungan dengan Bersatu selain mendakwa permohonan PCM menyertai PN tidak teratur.

“Penerimaan parti baharu yang dipimpin bekas ahli Bersatu yang telah dipecat akan menambah masalah dalaman PN,” katanya dalam kenyataan.

Faizal atau Peja mendakwa, permohonan PCM menyertai PN tidak teratur dengan menyatakannya dibuat atas nama Saifuddin Abdullah atas kapasiti setiausaha agung PCM.

Katanya, semakan Bersatu mendapati setiausaha agung terkini parti itu bagi penggal 2026-2027 ialah Yeo Kwee Kwang.

Beliau berkata, maklumat barisan kepimpinan dikemukakan pula merujuk kepada Wawasan, sedangkan permohonan dibuat atas nama PCM.

“Maklumat barisan kepimpinan dikemukakan ialah Parti Wawasan Negara sedangkan permohonan dibuat oleh Parti Cinta Malaysia.

“Berdasarkan semakan kami setakat semalam, perubahan barisan kepimpinan dan perubahan nama Parti Cinta Malaysia kepada Parti Wawasan Negara belum diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

“Menggunakan nama parti tidak diluluskan JPPM adalah satu kesalahan di bawah Akta Pertubuhan 1966,” katanya yang kesal dengan tindakan menerima keanggotaan Wawasan secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira kesan Akta Pertubuhan 1966 dan undang-undang berkuat kuasa.

Bagaimanapun, Presiden Wawasan Hamzah dalam kenyataan beberapa jam terdahulu berkata partinya sah menjadi sebahagian anggota PN selepas dijenamakan semula daripada PCM.

Dalam kenyataan sama, Faizal turut membangkitkan surat JPPM bertarikh 22 Jun yang memaklumkan beberapa dokumen dikemukakan Setiausaha Agung PN Takiyudin Hassan tidak lengkap dan tidak bertandatangan.

Katanya, JPPM meminta PN mengemukakan beberapa maklumat dalam tempoh tujuh hari selaras Seksyen 14(2) Akta Pertubuhan 1966.

Beliau berkata, wakil Bersatu membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN malam tadi dan berpendirian mesyuarat berkenaan perlu ditangguhkan.

Namun, katanya mesyuarat tetap diteruskan dan tindakan itu ‘berkemungkinan bertentangan’ dengan kehendak JPPM supaya urusan pentadbiran serta pengurusan parti dilaksanakan mengikut Perlembagaan PN, Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan berkuat kuasa.

Market Opportunity
Particle Network Logo
Particle Network Price(PARTI)
$0.05679
$0.05679$0.05679
-7.89%
USD
Particle Network (PARTI) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order