Timbalan Ketua Menteri Sabah Masidi Manjun berkata ia termasuk faktor geografi, sosioekonomi dan corak penggunaan kenderaan rakyat di negeri itu.Timbalan Ketua Menteri Sabah Masidi Manjun berkata ia termasuk faktor geografi, sosioekonomi dan corak penggunaan kenderaan rakyat di negeri itu.

Pelaksanaan subsidi diesel ambil kira pelbagai faktor di Sabah

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Masidi ManjunTimbalan Ketua Menteri Sabah Masidi Manjun berkata kerajaan negeri yakin pelaksanaan subsidi diesel bersasar mampu memberi manfaat sekiranya semua pihak memainkan peranan mengurangkan ketirisan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pelaksanaan subsidi diesel bersasar oleh kerajaan Persekutuan mengambil kira keunikan Sabah, termasuk faktor geografi, sosioekonomi dan corak penggunaan kenderaan rakyat di negeri itu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Masidi Manjun, berkata kajian serta pelbagai faktor telah diambil kira oleh kerajaan Persekutuan, yang membezakan sabah berbanding negeri lain.

Menurutnya, pendekatan kerajaan ialah meneliti pelbagai aspek termasuk jenis kenderaan yang digunakan oleh kebanyakan rakyat negeri itu.

Katanya, antara contoh diberikan perhatian ialah penggunaan kenderaan pacuan empat roda yang menjadi antara keperluan penting bagi rakyat terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Kerajaan juga dilihat bersikap terbuka serta sentiasa mengadakan rundingan bagi memastikan pelaksanaan skim berkenaan berjalan dengan baik.

“Melihat kepada statistik serta fakta-fakta yang dibentangkan, jelas mereka telah membuat kajian.

“Mereka telah mengambil kira keunikan dan faktor-faktor yang ada di Sabah yang mungkin tidak ada di Semenanjung,” kata menteri kewangan Sabah itu, menurut Sabah Media.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas taklimat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), semalam.

Taklimat itu disampaikan Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.

Selain itu, Masidi berkata, kerajaan negeri yakin pelaksanaan subsidi diesel bersasar mampu memberi manfaat sekiranya semua pihak memainkan peranan mengurangkan ketirisan.

Katanya, isu kehilangan diesel subsidi bukan hanya merugikan kerajaan, malah memberi kesan kepada rakyat kerana bekalan yang sepatutnya dinikmati pengguna layak boleh berkurangan.

“Apabila ketirisan dapat dikawal, penjimatan yang diperoleh boleh disalurkan semula kepada rakyat melalui langkah penambahbaikan termasuk memastikan harga bahan api lebih terkawal,” katanya.

Masidi menambah, kerajaan Sabah juga terbuka menerima maklum balas rakyat dan industri jika ada perkara yang perlu diperbaiki dalam pelaksanaan skim terbabit.

“Tiada peraturan yang terlalu tetap dan kaku. Ia adalah garis panduan dan akan ada penyesuaian sekiranya keadaan khusus di Sabah memerlukan perubahan,” katanya.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order