Dokumen itu melambangkan komitmen negara untuk memiliki angkatan moden, sentiasa bersedia, responsif dan adaptif menghadapi cabaran semasa.Dokumen itu melambangkan komitmen negara untuk memiliki angkatan moden, sentiasa bersedia, responsif dan adaptif menghadapi cabaran semasa.

PSPN, RTKP kukuh kesiapsiagaan pertahanan negara

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Menteri Pertahanan Khaled Nordin merasmikan pelancaran Pelan Strategik Pertahanan Negara 2026-2030 dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan 2026-2030.

KUALA LUMPUR: Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026-2030 dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP) 2026-2030 akan menjadi panduan utama dalam memperkukuh kesiapsiagaan, keupayaan dan daya tahan pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Khaled Nordin, berkata kedua-dua dokumen itu dirangka bagi menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks, termasuk ketidaktentuan geopolitik global dan perkembangan teknologi.

“Dokumen-dokumen ini adalah hasil penggemblengan idea, tenaga dan kepakaran pelbagai pihak di Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), serta rakan strategik.

“Keduanya bukan sekadar dokumen dasar, tetapi melambangkan komitmen negara untuk mempunyai angkatan yang moden, sentiasa bersedia, responsif dan adaptif dalam menghadapi sebarang cabaran keselamatan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran PSPN dan RTKP hari ini.

Khaled Nordin berkata negara perlu bersedia menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks.

PSPN 2026-2030 adalah dokumen strategik Mindef yang menterjemahkan aspirasi Kertas Putih Pertahanan (KPP), Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), Dasar Keselamatan Negara dan agenda Malaysia Madani, sebagai kesinambungan dan penambahbaikan kepada pelan 2021-2025.

Khaled berkata, pelan itu menggariskan tujuh teras strategik yang diperincikan menerusi 29 strategi utama dan 103 inisiatif khusus bagi memperkukuh pertahanan negara.

Ia merangkumi peningkatan keupayaan dan kesiagaan pertahanan, pengukuhan kapasiti pertahanan yang kompeten, pelestarian kesejahteraan warga kerja pertahanan, pemerkasaan kerjasama awam-tentera, pembangunan sains, teknologi, inovasi dan industri pertahanan, pengukuhan hubungan pertahanan antarabangsa serta pemerkasaan kesejahteraan veteran ATM.

Beliau berkata, bagi memastikan matlamat PSPN dapat dilaksanakan, RTKP 2026-2030 diperkenalkan bagi memastikan kementerian mempunyai kapasiti dan sumber yang mencukupi.

“Jika PSPN menentukan ke mana kita ingin pergi, RTKP pula memastikan kita mempunyai keupayaan untuk sampai ke sasaran tersebut,” katanya.

Katanya, kapasiti berkenaan merangkumi aspek kewangan, modal insan, kepimpinan, kompetensi profesional, kepakaran teknologi, penyelidikan, inovasi serta penyelarasan merentas agensi kerajaan dan ekosistem pertahanan.

Tiga teras RTKP

Menurutnya, RTKP akan dilaksanakan menerusi tiga teras utama iaitu meningkatkan keberkesanan tenaga kerja pertahanan, menyemai semangat patriotisme serta memupuk bakat dalam bidang sains, teknologi dan industri pertahanan.

Dalam usaha memperkukuh pertahanan negara, beliau berkata Malaysia akan terus berpegang kepada prinsip berkecuali dan tidak berpihak serta memanfaatkan diplomasi pertahanan sebagai instrumen penting dalam menjaga kedaulatan negara.

Khaled berkata, pendekatan ‘whole-of-government’ dan ‘whole-of-society’ (Wogos) akan terus diperkasakan menerusi konsep Pertahanan Menyeluruh (Hanruh), kerjasama awam-tentera (CIMIC), Program Jiwa Murni Madani dan Program Ilmu dan Muafakat (Pikat).

Menteri Pertahanan Khaled Nordin meluangkan masa menyaksikan pameran mengenai dokumen dasar tersebut.

Selain itu, Program Literasi Pertahanan akan dilaksanakan dengan kerjasama Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai isu pertahanan dan keselamatan negara.

Katanya, kementerian akan sentiasa meletakkan kesejahteraan anggota dan veteran angkatan tentera sebagai tonggak utama, atas sebab itu melalui PSPN kerajaan akan terus memperkukuh pelbagai inisiatif untuk memantapkan aspek kesejahteraan mereka.

“Dalam aspek perumahan, kita akan membina enam projek rumah keluarga angkatan tentera (RKAT) baharu dan terus menjalankan penyelenggaraan melibatkan 20,000 unit RKAT sedia ada,” katanya.

Manakala, dalam aspek kesihatan pula, Khaled berkata dua poliklinik ATM baharu akan dibina serta terus menaiktaraf hospital angkatan tentera.

“Kementerian telah melaksanakan Program Ekonomi Madani ATM dan meneruskan Program Jualan Istimewa Madani ATM (Jimat) untuk meringankan beban kos sara hidup keluarga dan komuniti ATM,” katanya.

Khaled berkata, bagi veteran ATM pula pemerkasaan kesejahteraan mereka bukan sekadar bantuan kebajikan tetapi manifestasi penghargaan dan penghormatan negara terhadap jasa mereka sepanjang berkhidmat.

“Salah satu langkah intervensi yang kita jalankan untuk veteran ATM adalah penyediaan pelbagai peluang kerjaya kedua kepada mereka.

“Antaranya melalui pelaksanaan program work-based learning (WBL), pengukuhan peranan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) dan pelancaran program ‘reskilling’ dan ‘upskilling’ serta program ‘Prowira ready to work’ untuk meningkatkan kebolehpasaran veteran ATM,” katanya.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

You May Also Like

One Of Frank Sinatra’s Most Famous Albums Is Back In The Spotlight

One Of Frank Sinatra’s Most Famous Albums Is Back In The Spotlight

The post One Of Frank Sinatra’s Most Famous Albums Is Back In The Spotlight appeared on BitcoinEthereumNews.com. Frank Sinatra’s The World We Knew returns to the Jazz Albums and Traditional Jazz Albums charts, showing continued demand for his timeless music. Frank Sinatra performs on his TV special Frank Sinatra: A Man and his Music Bettmann Archive These days on the Billboard charts, Frank Sinatra’s music can always be found on the jazz-specific rankings. While the art he created when he was still working was pop at the time, and later classified as traditional pop, there is no such list for the latter format in America, and so his throwback projects and cuts appear on jazz lists instead. It’s on those charts where Sinatra rebounds this week, and one of his popular projects returns not to one, but two tallies at the same time, helping him increase the total amount of real estate he owns at the moment. Frank Sinatra’s The World We Knew Returns Sinatra’s The World We Knew is a top performer again, if only on the jazz lists. That set rebounds to No. 15 on the Traditional Jazz Albums chart and comes in at No. 20 on the all-encompassing Jazz Albums ranking after not appearing on either roster just last frame. The World We Knew’s All-Time Highs The World We Knew returns close to its all-time peak on both of those rosters. Sinatra’s classic has peaked at No. 11 on the Traditional Jazz Albums chart, just missing out on becoming another top 10 for the crooner. The set climbed all the way to No. 15 on the Jazz Albums tally and has now spent just under two months on the rosters. Frank Sinatra’s Album With Classic Hits Sinatra released The World We Knew in the summer of 1967. The title track, which on the album is actually known as “The World We Knew (Over and…
Share
BitcoinEthereumNews2025/09/18 00:02
PMI-ACP Exam Preparation: How to Use a Simulator and Practice Questions Effectively

PMI-ACP Exam Preparation: How to Use a Simulator and Practice Questions Effectively

Understanding the PMI-ACP Exam Structure The PMI-ACP exam is designed to evaluate how well candidates apply agile principles in real-world project environments
Share
Techbullion2026/04/02 18:32
Best Anonymous TikTok Viewer: Spy on Competitors Safely

Best Anonymous TikTok Viewer: Spy on Competitors Safely

The E-commerce Intelligence War on TikTok In the hyper-competitive world of cross-border e-commerce and affiliate marketing, TikTok has become the ultimate battlefield
Share
Techbullion2026/04/02 23:35

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order