Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong dilantik sebagai pemangku pengerusi jawatankuasa negeri bagi memastikan persiapan menghadapi PRN Johor tidak terjejas.Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong dilantik sebagai pemangku pengerusi jawatankuasa negeri bagi memastikan persiapan menghadapi PRN Johor tidak terjejas.

Tarik diri PRN Johor, Gerakan gantung jawatankuasa negeri

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Wong Chia ZhenSetiausaha Agung Gerakan Wong Chia Zhen berkata Jawatankuasa Pusat sebulat suara berpandangan tindakan tarik diri daripada PRN Johor ialah salah laku serius kerana melanggar disiplin parti, prinsip kepimpinan kolektif dan tatacara di bawah perlembagaan Gerakan. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Gerakan menggantung jawatankuasa negeri di Johor kerana menarik diri daripada PRN pada 11 Julai ini tanpa sebarang rundingan atau kelulusan daripada kepimpinan pusat.

Bagi memastikan kelangsungan pentadbiran dan persiapan parti menghadapi PRN Johor tidak terjejas, Setiausaha Agung Gerakan, Wong Chia Zhen, berkata Jawatankuasa Pusat melantik Timbalan Presidennya, Oh Tong Keong sebagai pemangku pengerusi jawatankuasa negeri berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat tergempar tiga jam yang dipengerusikan Presidennya, Dominic Lau, semalam.

Jelasnya, Jawatankuasa Pusat sebulat suara berpandangan tindakan itu merupakan salah laku serius kerana melanggar disiplin parti, prinsip kepimpinan kolektif dan tatacara di bawah perlembagaan parti.

“Jawatankuasa Pusat memutuskan secara sebulat suara untuk menggantung Jawatankuasa Perhubungan Negeri Johor berkuat kuasa serta-merta sementara siasatan dan tindakan lanjut dijalankan.

“Gerakan menyeru seluruh ahli parti kekal tenang, menghormati keputusan organisasi serta terus memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha membantu dan berkempen bagi calon Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Johor,” katanya dalam kenyataan.

Wong berkata, Gerakan akan terus mempertahankan prinsip disiplin, perpaduan dan keutuhan organisasi demi memastikan perjuangan parti serta kepentingan PN terus diperkasakan.

Kelmarin, Pengerusi Gerakan Johor, Teo Kok Chee, dilapor mengesahkan parti itu tidak akan menyertai PRN Johor susulan keputusan sebulat suara mesyuarat jawatankuasa perhubungan negeri, sayap Wanita dan Pemudanya.

Walaupun Gerakan Johor tidak bertanding pada PRN kali ini, tetapi katanya, parti itu akan membantu calon PN mendapatkan kemenangan lebih besar.

Susulan itu, Naib Presiden Gerakan, Koo Shiaw Lee, pula dilapor menafikan dakwaan parti itu menarik diri daripada menyertai PRN Johor kerana tidak berpuas hati dengan agihan kerusi.

Koo yang juga setiausaha Jawatankuasa Gerakan Johor dilaporkan berkata, keputusan tidak menyertai PRN Johor dibuat berdasarkan pertimbangan pragmatik seperti kesediaan keseluruhan semasa organisasi parti, keupayaan mobilisasi akar umbi dan peruntukan sumber.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order