Sebanyak 430 gegaran susulan direkodkan selepas gempa bumi bermagnitud 7.2 dan 7.5 melanda negara itu Rabu lalu.Sebanyak 430 gegaran susulan direkodkan selepas gempa bumi bermagnitud 7.2 dan 7.5 melanda negara itu Rabu lalu.

Angka korban gempa di Venezuela kini 1,430

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Operasi mencari dan menyelamat diteruskan di bawah runtuhan sebuah bangunan di Caracas pada Sabtu. (Gambar EPA Images)

MEXICO CITY: Angka kematian gempa bumi di Venezuela meningkat kepada 1,430 orang, manakala lebih 3,200 lagi cedera, menurut Ketua Perhimpunan Kebangsaan Venezuela, Jorge Rodríguez, pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Sebanyak 430 gegaran susulan direkodkan selepas gempa bumi bermagnitud 7.2 dan 7.5 melanda negara itu Rabu lalu.

Lebih 70,000 keluarga menerima bantuan pihak berkuasa susulan bencana itu.

Tiga hari selepas gempa bumi melanda, nasib puluhan ribu penduduk di Venezuela belum dapat dipastikan.

Gempa itu menyebabkan kemusnahan besar, terutama di negeri La Guaira serta ibu negaranya, Caracas.

Di beberapa kawasan, keseluruhan blok bangunan tinggi musnah.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dalam keadaan mencabar, dengan penduduk tempatan dan sukarelawan berganding bahu membantu pasukan penyelamat profesional.

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus