Rafizi Ramli berkata aku janji itu itu bukan manifesto tetapi komitmen calonnya untuk terus berkhidmat tanpa mengira keputusan pilihan raya.Rafizi Ramli berkata aku janji itu itu bukan manifesto tetapi komitmen calonnya untuk terus berkhidmat tanpa mengira keputusan pilihan raya.

Bersama bentang ‘Aku Janji’ untuk PRN Johor

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
rafizi ramliRafizi Ramli (tengah) berkata tidak realistik untuk Bersama melancarkan manifesto kerana parti itu tidak menjangkakan membentuk kerajaan negeri.

JOHOR BAHRU: Parti Bersama Malaysia membentangkan ‘Aku Janji’ parti itu sempena PRN Johor, dengan menyatakan ia merupakan komitmen calon-calonnya untuk terus berkhidmat kepada pengundi tanpa mengira keputusan pilihan raya.

Rafizi Ramli yang mengambil alih kepimpinan Bersama pada Mei lalu, berkata aku janji tersebut bukan manifesto kerana tidak realistik untuk parti itu melancarkan manifesto sedangkan ia tidak menjangkakan membentuk kerajaan negeri.

“Kalau kita bentangkan manifesto, orang akan kata kita berilusi,” katanya pada sidang media di sini.

Bersama akan bertanding di 15 kerusi DUN dalam PRN pada 11 Julai ini.

Bekas menteri persekutuan itu berkata aku janji itu mencerminkan komitmen Bersama untuk terus memainkan peranan selepas pilihan raya dengan menawarkan alternatif dasar serta penyelesaian yang membina.

Antara kandungan aku janji itu ialah komitmen calon Bersama untuk mengemukakan cadangan dasar yang membina serta membantu menyelesaikan isu berkaitan pembangunan, termasuk memastikan pusat data dirancang dengan baik bagi melindungi kepentingan penduduk.

Calon-calon parti itu juga akan memperjuangkan sistem pengangkutan awam bersepadu berasaskan bas, menaik taraf jalan utama, serta memperkukuh pemantauan terhadap kewangan dan pentadbiran kerajaan negeri bagi membendung ketirisan, pembaziran dan kerenah birokrasi.

Pendekatan baharu kempen

Rafizi berkata Bersama memperkenalkan pendekatan baharu kempen yang menggalakkan pengundi bertemu calon secara bersemuka supaya mereka dapat menilai sendiri calon, berbanding bergantung kepada program kempen berskala besar.

Beliau berkata pendekatan itu dipilih bagi mengurangkan perbelanjaan yang lazimnya dikaitkan dengan penganjuran program besar-besaran.

Katanya, pengundi juga boleh memohon supaya calon Bersama menghadiri program mereka atau mengunjungi rumah serta premis mereka.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.