Tertuduh didakwa melakukan perbuatan demikian ke atas murid perempuan itu yang dikatakan tidak beri tumpuan semasa pembelajaran.Tertuduh didakwa melakukan perbuatan demikian ke atas murid perempuan itu yang dikatakan tidak beri tumpuan semasa pembelajaran.

Murid Tahun 1 lebam dibaling pemadam, guru mengaku tak salah

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Mahkamah Majistret Batu PahatMahkamah Majistret Batu Pahat membenarkan tertuduh, Fakhriah Bustani, 47, diikat jamin RM1,500 dengan kes disebut semula pada 21 Ogos ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Guru wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Batu Pahat atas tuduhan membaling pemadam papan putih terhadap murid perempuan tujuh tahun sehingga mengakibatkan lebam dekat mata, pada April lalu.

Tertuduh, Fakhriah Bustani, 47, didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan membuat pengakuan demikian di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap murid Tahun Satu itu di sebuah sekolah kebangsaan di Tongkang Pecah, dekat Batu Pahat, 9 pagi, 1 April lalu, lapor Kosmo.

Seksyen 323 memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan, manakala tertuduh diwakili peguam, Normaahani Rais daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Siasatan polis mendapati, tertuduh didakwa bertindak sedemikian kerana mangsa tidak memberi tumpuan semasa pembelajaran dalam kelas.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dan kes disebut semula pada 21 Ogos ini untuk serahan dokumen.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs