Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata sokongan itu mungkin kukuh undi Melayu untuk BN tetapi turut uji keyakinan pelabur terhadap kestabilan dan keterbukaanAhmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata sokongan itu mungkin kukuh undi Melayu untuk BN tetapi turut uji keyakinan pelabur terhadap kestabilan dan keterbukaan

Sokongan PAS ‘pedang 2 mata’ buat BN di Johor, kata penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Onn Hafiz berkempenPenganalisis berkata arahan PAS supaya ahlinya membantu BN di kerusi Johor tidak ditandingi PN mungkin beri kelebihan jangka pendek dari segi undi Melayu.

PETALING JAYA: Sokongan PAS kepada Barisan Nasional (BN) di Johor boleh menjadi ‘pedang dua mata’, dengan penganalisis melihatnya sebagai bantuan penting menarik undi Melayu tetapi pada masa sama berisiko mencetuskan persoalan terhadap imej negeri itu sebagai hab pelaburan terbuka.

Zaharuddin Sani Ahmad SabriAhmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata, kesan politik sokongan itu tidak boleh dilihat dari sudut pilihan raya semata-mata, kerana Johor kini berada dalam fasa penting menarik pelaburan besar melalui Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura, pusat data, RTS Link dan Forest City Special Financial Zone.

Penganalisis dari Global Asia Consulting itu berpandangan, laporan Bloomberg berkait kebimbangan komuniti perniagaan terhadap peningkatan pengaruh PAS wajar diberi perhatian, terutama di negeri bergantung kepada keyakinan pelabur, kestabilan dasar dan hubungan ekonomi rapat dengan Singapura.

Katanya, arahan PAS supaya ahli dan penyokongnya membantu BN di kerusi Johor yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) mungkin memberi kelebihan jangka pendek dari segi undi Melayu.

“Tetapi pelabur asing yang membawa bilion ringgit tidak melihat warna parti semata-mata. Mereka melihat kestabilan dasar, keterbukaan budaya dan kepantasan birokrasi,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, isu sebenar bukan sekadar sama ada PAS akan berada dalam kerajaan negeri, tetapi sama ada Johor masih dilihat sebagai pintu masuk pelaburan yang pragmatik, terbuka dan stabil.

“Menerima sokongan politik PAS untuk menang pilihan raya adalah taktik jangka pendek yang berisiko mengorbankan strategi ekonomi jangka panjang.”

Zaharuddin berkata, perkembangan itu turut membuka ruang kepada Pakatan Harapan (PH) menampilkan diri sebagai pilihan lebih meyakinkan di kawasan bandar, separa bandar dan kerusi campuran, terutama dalam kalangan pengundi yang mengutamakan kestabilan pasaran dan keterbukaan sosial.

Kelmarin, Bloomberg melaporkan komuniti perniagaan semakin berhati-hati terhadap peningkatan pengaruh PAS, ketika parti Islam itu dilihat semakin kukuh dalam politik nasional dan berpotensi memainkan peranan lebih besar dalam pembentukan kerajaan pada masa depan.

Menurut laporan itu, kebimbangan pelabur bukan hanya tertumpu kepada kekuatan pilihan raya PAS, tetapi juga kemungkinan perubahan nada dasar jika parti itu mempunyai pengaruh lebih besar dalam pentadbiran, terutama membabitkan keterbukaan ekonomi, dasar sosial dan persekitaran perniagaan.

Azmi Hassan.

Bagaimanapun, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata kebimbangan PAS akan menentukan hala tuju kerajaan Johor sekiranya BN menang mungkin dibesar-besarkan.

Beliau berkata, sokongan PAS lebih wajar dilihat kerjasama pilihan raya bagi mengelakkan undi Melayu berpecah, bukan petunjuk parti itu akan diberi peranan rasmi dalam pentadbiran negeri.

“PAS kata akan memberi pertolongan dari segi undi tapi hakikatnya yang akan menjadi tunjang kerajaan negeri adalah Umno,” katanya.

“Saya yakin walaupun Umno dikatakan mampu mendapatkan lebih daripada 40 kerusi, ia tidak akan memanggil PAS untuk menyertai kerajaan negeri sebagai penghargaan,” katanya.

Azmi berkata, pengalaman PAS dalam kerajaan persekutuan sebelum ini juga menunjukkan kehadiran parti itu dalam pentadbiran tidak semestinya membawa perubahan dasar menyeluruh.

“Kalau kita ambil sejarah PAS dalam kerajaan persekutuan, walaupun diberi dua tiga jawatan menteri kepada PAS, ia tidak mendatangkan apa-apa perubahan dari segi dasar secara holistik kerajaan,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002874
$0.00002874$0.00002874
+3.01%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.