Anwar Ibrahim berkata beliau akan bertindak tegas andai berlaku lagi pemberian surat sokongan melibatkan agensi Bumiputera.Anwar Ibrahim berkata beliau akan bertindak tegas andai berlaku lagi pemberian surat sokongan melibatkan agensi Bumiputera.

Henti amalan surat sokongan agih dana Bumiputera, kata PM

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Anwar Ibrahim Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata amalan kronisme melalui surat sokongan menjurus ketidakseriusan peminjam menguruskan amanah sehingga membawa perniagaan mereka lingkup. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada agensi Bumiputera menghentikan amalan pemberian pinjaman berasaskan surat sokongan.

Anwar berkata, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas demi memastikan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera diurus dengan telus dan berintegriti.

Katanya, amalan kronisme menggunakan surat sokongan pelbagai ‘warna’ menjadi punca utama kegagalan agensi Bumiputera yang diwarisi sejak 30 tahun lalu, akibat ketidakseriusan peminjam yang culas menguruskan amanah.

“Kita bagi pinjaman sebab ada kaitan rapat dengan orang tertentu, atau surat kuning, hijau, biru. Ini masalah merosakkan kita. Akhirnya kita bantu, dan perniagaan itu lingkup kerana mereka tidak komited,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian SParK 2026: Transformasi Niaga.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga menteri kewangan turut mendedahkan terdapat laporan lalu yang menunjukkan segelintir peminjam menyalahgunakan dana bantuan peringkat awal semata-mata untuk kemewahan peribadi.

“Langkah pertama dapat pinjaman buat apa? Pejabat yang megah. Kemudian kenderaan mewah, isteri kedua…kegiatannya hanya untuk menjual lesen dan mendapatkan komisen. Ini semua mesti dihentikan segera,” katanya.

Tambahnya, sekiranya sesebuah perniagaan terkesan akibat faktor pasaran global yang tidak menentu seperti ketidaktentuan harga minyak atau konflik luar negara, kegagalan itu masih boleh difahami.

Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan tidak bercadang menubuhkan sebarang agensi Bumiputera baharu, sebaliknya mahu entiti sedia ada diperkukuh fungsinya.

Beliau mahu agensi utama seperti Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), Mara, Tekun Nasional, dan SME Corp mewujudkan keseragaman, bergerak secara sinergi, dan mengadakan pertemuan berkala bagi mengelakkan pertindihan program.

“Pandangan bahawa hanya agensi Bumiputera harus melaksanakan program Bumiputera, itu lapuk. Semua agensi kerajaan, kementerian, termasuk GLC dan GLIC kini bertanggungjawab memenuhi agenda nasional ini.”

Dalam perkembangan lain, Anwar turut memberi jaminan kepada PUNB bahawa kerajaan bersedia menambah peruntukan sedia ada sehingga RM2.25 bilion sekiranya agensi tersebut berjaya menunjukkan prestasi cemerlang.

“Kalau dia berprestasi baik, kita akan tambah (peruntukan). Sekarang GLC yang kita melaksanakan dengan penumpuan pada keutamaan yang telah kita jelaskan dan kerjasama juga semua agensi-agensi Bumiputera yang lain,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002867
$0.00002867$0.00002867
+2.75%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.