Syafiq Jazli Hasikin dan kumpulannya sudah lebih sedekad menjalankan kerja-kerja menyelamat lebah secara percuma.Syafiq Jazli Hasikin dan kumpulannya sudah lebih sedekad menjalankan kerja-kerja menyelamat lebah secara percuma.

Lebah bukan ancaman, jangan bakar tapi hubungi pakar, kata aktivis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at [email protected]
Syafiq Jazli HasikinSyafiq Jazli Hasikin dan bapanya sudah lebih 10 tahun menyelamatkan sarang lebah sekitar Ipoh.

IPOH: Nampak sarang lebah, “kita bakar”. Itu reaksi spontan apabila serangga berkenaan bersarang di bumbung atau pokok berhampiran rumah.

Seorang aktivis berkata reaksi tersebut timbul kerana manusia lebih gerun pada sengat lebah berbanding peranan besar serangga itu sebagai ejen pendebungaan.

“Kita selalu dimomokkan apabila berdekatan dengan lebah, ia akan serang kita. Itu mitos,” kata Syafiq Jazli Hasikin, 34, seorang penyelamat lebah.

Menurut Syafiq, memusahkan sarang lebah sebenarnya turut memusnahkan koloni pendebunga yang mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih.

Syafiq Jazli Hasikin Sarang lebah yang diselamatkan fmt 3726Sarang lebah yang diselamatkan akan dipindahkan ke tempat lebih selamat.

“Kajian menunjukkan sekitar 80% tumbuhan berbunga bergantung kepada lebah untuk proses pendebungaan, selebihnya dibantu serangga lain seperti semut dan kelawar, selain angin serta air.

“Sebab itu penting untuk kita selamatkan lebah. Kalau populasi lebah terus berkurangan, kita tidak tahu bagaimana kesannya terhadap rantaian makanan pada masa depan,” katanya, yang mula mengkaji sifat lebah sejak berusia lapan tahun.

Atas sebab itu, Syafiq dan kumpulannya berkongsi operasi menyelamatkan lebah di media sosial sejak tiga tahun lalu bagi mengubah persepsi masyarakat terhadap serangga itu.

“Kalau saya tak mampu selamatkan semua lebah pun, sekurang-kurangnya saya dah wujudkan kesedaran supaya orang tak lagi bakar lebah,” katanya, yang bergerak bawah syarikat keluarganya, Madu Pak Long, yang beroperasi sejak 1998.

Usaha mereka membuahkan hasil apabila semakin ramai memilih memindahkan lebah dan sarang, berbanding memusnahkannya. “Ada pengadu dari Pantai Timur atau Sabah dan Sarawak, saya akan cuba bimbing mereka dari jauh, langkah demi langkah.”

“Lepas berjaya, mereka jadi seronok dan nak buat lagi. Itu pengalaman manis bagi saya,” katanya.

Syafiq Jazli HasikinLebah adalah ejen pendebungaan penting.

Walaupun sudah lebih sedekad menyelamatkan koloni lebah, Syafiq dan bapanya, Hasikin Mat Soho, 58, yang lebih dikenali sebagai Pak Long, enggan mengenakan sebarang bayaran kepada pengadu yang meminta bantuan mereka.

“Kami buat kerja ini secara sambilan sahaja. Kami ada perniagaan madu untuk diuruskan. Jadi kami tak mahu terikat,” kata Syafiq.

“Kami bukan cari untung, malah jika dalam misi menyelamat dan didapati ada madu, kami akan beri semuanya pada tuan rumah. Perniagaan kami sendiri sudah ada madu yang banyak.”

Syafiq dan Hasikin Mat Soho (kanan) 3726Syafiq dan Hasikin Mat Soho (kanan) giat berkongsi fakta menarik tentang lebah di media sosial.

Tak semua lebah boleh dipindahkan ke kotak

Menurut Syafiq, hanya empat jenis lebah ditemui di Semenanjung iaitu lebah tempatan (Apis cerana), lebah tualang (Apis dorsata), lebah lalat merah (Apis florea) dan lebah lalat hitam (Apis andreniformis), setakat ini.

Daripada empat spesis itu, hanya lebah tempatan boleh dipindahkan ke dalam hive (kotak) untuk diternak. Tiga lagi spesis lazimnya dilepaskan semula atau dipindahkan ke habitat lain yang lebih sesuai.

“Lebah sangat penyabar. Jika rasa diancam, ia akan beri amaran terlebih dahulu sebelum menyerang penceroboh”.

Pertama, lebah akan buat pergerakan secara berombak, dan kedua menghasilkan bunyi bising dengan mengepakkan sayapnya lebih kuat.

Ketiga, beberapa ekor lebah akan mula melanggar penceroboh di kepala atau badan. Jika amaran itu diabaikan, lebah akan melepaskan feromon sebagai isyarat kepada koloni bahawa terdapat ancaman. Hanya selepas itu ia akan mula menyengat, jelas Syafiq.

“Saya tak harap semua orang jadi penyelamat lebah. Cukuplah kalau mereka berhenti membakar sarangnya,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002983
$0.00002983$0.00002983
+6.80%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact [email protected] for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs