Ketua Pemuda PKR Kamil Munim berkata, generasi muda tidak harus nilai kebenaran sesuatu maklumat hanya berdasarkan popularitinya di media sosial.Ketua Pemuda PKR Kamil Munim berkata, generasi muda tidak harus nilai kebenaran sesuatu maklumat hanya berdasarkan popularitinya di media sosial.

Pengundi muda digesa tingkat literasi politik, elak terpengaruh media sosial

2026/06/13 21:34
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen [email protected] üzerinden bizimle iletişime geçin.
Kamil MunimKetua Pemuda PKR Kamil Munim berkata, hak mengundi adalah satu amanah besar yang perlu digunakan secara bijak kerana setiap keputusan yang dibuat akan menentukan hala tuju negara.

BUTTERWORTH: Pengundi muda perlu meningkatkan literasi politik agar setiap undi yang diberi berlandaskan kepada ilmu serta kefahaman, bukannya dipengaruhi sentimen atau kandungan tular di media sosial.

Ketua Pemuda PKR Kamil Munim berkata, hak mengundi yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan adalah satu amanah besar dan perlu digunakan secara bijak kerana setiap keputusan yang dibuat akan menentukan hala tuju negara.

Setiausaha politik kepada menteri kewangan itu berkata, perkara tersebut amat penting terutama bagi generasi muda yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi buat kali pertama dalam pilihan raya akan datang.

“Peluang ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya kerana setiap undian yang kita berikan akan menentukan hala tuju ke hadapan.

“Kalau kita tidak tahu apa yang kita undi atau pilih, maknanya kita tidak mempunyai literasi politik,” katanya semasa program POV Anak Muda: Anak Muda dan Ketidakpastian Realiti Siri 2 Zon Utara di sini hari ini.

Pada masa sama, Kamil berkata, generasi muda tidak seharusnya menilai kebenaran sesuatu maklumat hanya berdasarkan jumlah tanda suka, perkongsian atau populariti sesuatu kandungan di media sosial sebagai penentu kebenaran terhadap sesuatu maklumat.

Sebaliknya, katanya, golongan itu perlu membudayakan sikap meneliti maklumat, memahami dasar yang ditawarkan serta menilai rekod dan keupayaan pihak yang bertanding sebelum membuat keputusan dalam pilihan raya.

Program sehari itu menghimpunkan kira-kira 950 peserta dan menjadi platform dialog antara anak muda, penggubal dasar serta penganalisis dalam membincangkan isu kos sara hidup, pekerjaan, ekonomi, akses maklumat dan cabaran landskap digital.

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen [email protected] ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage