Naib Presiden Umno, Khaled Nordin berkata tindakan bekas menteri undang-undang itu juga tidak mengejutkan.Naib Presiden Umno, Khaled Nordin berkata tindakan bekas menteri undang-undang itu juga tidak mengejutkan.

Zaid masuk PAS hanya untuk kekal relavan, kata pemimpin Umno

2026/06/14 16:49
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen [email protected] üzerinden bizimle iletişime geçin.
Naib Presiden Umno, Khaled Nordin berkata bekas Ahli Parlimen Kota Bharu Zaid Ibrahim hanya mahu cari tempat berteduh untuk terus kekal relavan dalam kancah politik. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Khaled Nordin berkata tindakan Zaid Ibrahim menyertai PAS bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana bekas menteri undang-undang hanya mahu mencari tempat berteduh.

Khalid berkata, Zaid ‘sudah lama meninggalkan Umno’ dan bekas pemimpin Umno Kelantan itu hanya mahu mencari tempat berteduh baharu untuk terus kekal relavan dalam kancah politik tanah air, lapor Utusan Malaysia.

“Jadi dia mencari-cari tempat teduh. Good luck (selamat maju jaya),” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Zaid memulakan kerjaya politiknya dalam Umno sebelum dipecat daripada parti itu pada 2008 selepas menghadiri satu acara anjuran pembangkang. Beliau kemudiannya menyertai PKR, Parti Kita dan DAP sebelum kembali semula ke Umno pada 2022.

Malam tadi, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dalam ceramah di Seremban mengumumkan Zaid antara 14 tokoh yang menyertai parti Islam itu.

Hari ini, Zaid berikrar akan berusaha mengikis imej PAS sebagai parti ekstrem anti-demokrasi yang tidak sesuai untuk Malaysia majmuk.

Zaid juga menyifatkan PAS sebagai satu-satunya parti majoriti Melayu yang mempunyai kekuatan dan tekad untuk menghapuskan ketidaksamarataan, hegemoni serta keistimewaan golongan tertentu.

Beliau turut meramalkan bahawa PAS akan mentadbir negara bersama Ahli Parlimen progresif yang sehaluan dengannya selepas PRU akan datang.

Piyasa Fırsatı
Katana Inu Logosu
Katana Inu Fiyatı(KATA)
$0.00002817
$0.00002817$0.00002817
+8.30%
USD
Katana Inu (KATA) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen [email protected] ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel