Pengarah Eksekutif SIS Forum, Rozana Isa berkata RUU itu boleh tangani isu ketidakadilan pasangan dan anak yang tak terima sokongan sepatutnya.Pengarah Eksekutif SIS Forum, Rozana Isa berkata RUU itu boleh tangani isu ketidakadilan pasangan dan anak yang tak terima sokongan sepatutnya.

SIS Forum cadang gubal RUU nafkah pasangan, anak

2026/06/18 17:10
Okuma süresi: 2 dk
Bu içerikle ilgili geri bildirim veya endişeleriniz için lütfen [email protected] üzerinden bizimle iletişime geçin.
dewan rakyatSIS Forum (Malaysia) berkata untuk RUU itu dapat dibentang di Dewan Rakyat ia mesti disertakan dengan anggaran kos yang terlibat kerana jika tidak, tiada siapa yang akan meneruskan inisiatif tersebut. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: SIS Forum (Malaysia) mencadangkan satu Rang Undang-Undang (RUU) Agensi Nafkah Pasangan dan Anak di peringkat persekutuan digubal bagi memperkukuh pelaksanaan hak nafkah untuk wanita Islam dan bukan Islam.

Pengarah Eksekutif SIS Forum, Rozana Isa, berkata RUU itu, yang merupakan sebahagian daripada perancangan jangka panjang pertubuhan tersebut, akan menyediakan mekanisme yang lebih bersepadu dan menyeluruh untuk menangani isu kegagalan pembayaran nafkah anak dan pasangan.

“Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah mula melibatkan komuniti akar umbi, orang ramai dan pihak berkepentingan mengenai isu nafkah anak, serta mula merangka draf RUU itu.

“Kita tidak boleh menunggu kementerian merangka draf untuk kita,” katanya pada pelancaran laporan dapatan klinik guaman kumpulan itu, Telenisa, sepanjang sedekad lalu di Menara SD Guthrie.

Beliau berkata satu pengajaran penting yang diperoleh ialah “kita perlu mengambil inisiatif untuk merangka draf RUU itu sendiri”.

“Ini akan melibatkan usaha yang besar kerana antara persoalan pertama yang dibangkitkan setiap kali sesuatu RUU dicadangkan ialah kos yang terlibat, dan kita perlu menyediakan anggaran jumlahnya.

“Kita tidak lagi boleh mengemukakan sesuatu RUU tanpa memasukkan anggaran kos atau implikasi kewangannya kerana jika tidak, tiada siapa yang akan meneruskan inisiatif tersebut,” katanya.

Rozana mengakui merangka draf RUU itu merupakan tugas yang besar, namun berkata usaha tersebut boleh membantu menangani ketidakadilan yang telah lama dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak menerima nafkah sewajarnya.

“Jika dapat direalisasikan, ia boleh membantu menangani ketidakadilan yang dihadapi anak-anak kita hari ini, yang suatu hari nanti akan menjadi ibu bapa, ibu dan isteri,” katanya.

Program itu turut mengetengahkan jurang dalam sistem nafkah sedia ada berdasarkan data yang dikumpulkan organisasi tersebut dari 2016 hingga 2025, termasuk kesukaran yang dihadapi wanita dan kanak-kanak dalam menguatkuasakan perintah mahkamah serta mencapai kestabilan kewangan.

Menurut statistik yang dikumpulkan SIS Forum, Telenisa mengendalikan 869 kes nafkah anak dan 170 kes nafkah pasangan sepanjang tempoh 10 tahun tersebut.

Piyasa Fırsatı
Symbiosis Logosu
Symbiosis Fiyatı(SIS)
$0.02222
$0.02222$0.02222
-5.48%
USD
Symbiosis (SIS) Canlı Fiyat Grafiği

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Sorumluluk Reddi: Bu sitede yeniden yayınlanan makaleler, halka açık platformlardan alınmıştır ve yalnızca bilgilendirme amaçlıdır. MEXC'nin görüşlerini yansıtmayabilir. Tüm hakları telif sahiplerine aittir. Herhangi bir içeriğin üçüncü taraf haklarını ihlal ettiğini düşünüyorsanız, kaldırılması için lütfen [email protected] ile iletişime geçin. MEXC, içeriğin doğruluğu, eksiksizliği veya güncelliği konusunda hiçbir garanti vermez ve sağlanan bilgilere dayalı olarak alınan herhangi bir eylemden sorumlu değildir. İçerik, finansal, yasal veya diğer profesyonel tavsiye niteliğinde değildir ve MEXC tarafından bir tavsiye veya onay olarak değerlendirilmemelidir.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel